Wednesday, October 21, 2009

Sastera Tingkatan Lima

Hatta ketika itu,diri ini melangkah lemah ke meja belajar.Fikirannya menerawang.Masih teringat dirinya yang perlu melalui hari yang sukar dan serba mencabar.Pandangan kemudian dilemparkan kepada Ijat yang montel.Sedang menggaru sesuatu.Aku tidak pasti apa yang digaru.Aku memandang,dan Ijat terus merapu seperti kebiasaannya.Orangnya mudah dan tenang tetapi dalam diam mempunyai rahsia persenjataan yang mampu menggugat musuhnya.MasyaAllah.

Hatta ketika itu diriku terasa bangsat.Oh,Chen ada berhampiran diriku yang masih terus menaip blog ini dengan serba pantas.Hatiku dalam dilema dan dilema itu aku cuba buangkan jauh-jauh.Angin subuh yang menderu kencang seolah memberi petanda bahawa diriku ini masih dalam fikiran yang susah untuk diterjemah.Rasa seperti mahu membuang air kecil itu seolah-olah tidak memberi makna,apetah lagi kentut yang mungkin disedari rakan yang akan tertawa mendengarnya.Adakah kentut itu kelakar wahai rakan.

Syahadan teringat aku kepada Amir Ariff yang terus membawa simbol kegorilaan kepada seluruh pelusuk hutan.Ketiadaannya di bilik seolah-olah berkurangnya haiwan di blik ini.Ku akui,bilik ini sememangnya dipenuhi haiwan-haiwan.Masakan aku diberi gelaran beruk?Kerana mereka jua adalah spesies yang sama.Bersyukur kepada tuhan.Selamat datang ke Taman Sains Apartment Cendikiawan.

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.Memenuhi segenap ruang dimensi apartment.Tidak tahu apa yang patut ditulis.Menjadi semakin sengal dan kehilangan fikiran ini perlu diisi dengan nota agama secepat mungkin.Lengkaplah bab ini sebagai sastera yang abadi.

4 comments:

Anonymous said...

menanges air mata darah gak la baca setori ni..
gaya penulisanmu..
jadi ikotanku~~

bG said...

kenapa aku dikaitkan dengan gorila?

Jard The Great said...

waa.. hebat BM mu... ehehe..

cheng said...

asal aku terasa bangsat ni??