Tuesday, May 18, 2010

Merapu dikala hujan

Sejuk.Hujan di luar.Renyai renyai ia turun tanpa mempedulikan budak2 india yg tersengeh membawa moto dalam kebasahan.Angin mencurah-curah ke dalam bilik.Mencurah ke ladang gandum.Jadilah koko krunch.Tatkala angin itu jua menghembus muka ini.Sepoi-sepoi bahasa aku terkesima melihat pokok kelapa muda Uniten melambai-lambai ibarat disapa lagu dangdut Mulan Jameela.Makhluk tuhan paling seksi katanya.Dan keasyikan terbuai ditemani suasana bersepah tahap naga bilik Syakir.Dalam hati berbisik, 'bilik ini ibarat tempat pemuliharaan orang utan apa?'..

Oh,sudahlah aku melayan perasaan.Peh,hidup sekarang bosan.2 subjek saja diambil.Rasa mcm seronok sbb free sgt.Ah,manusia tak pernah nak berpuas hati.Ye,idok?

Dan setakat ini,seronok sungguh jugaklah tatkala aku menikmati tinggal di Universiti bersama kurangnya komitmen.Hari-hari depenuhi dgn bertepuk-tepuk tangan dan mengusap perut sendiri dan terkekeh-kekeh apa bila jari ini menggeletek diri sendiri.Haha,aku bergurau ok.Tp begitulah,kesenangan hidup.Tapi wang ringgit seolah2 dibakar.Laju sahaja habis.Habis kemana tak tahu lah.Oleh itu,nombor telefon yang kerap menolong adalah "my daddy" dan telah disetkan untuk shortcut number 1 di keypad telepon dan secara efisien apabila ditekan,ianya akan membawa kepada perundingan damai dan akhirnya membawa kepada check in wang ringgit di dalam kad atm aku.Oh,jgn risau ayah.Dah besar nnti,its your turn utk set number 1 untuk number abang.Wakakak.InsyaAllah.

Oh,aku terasa untuk jalan-jalan dan karaoke dgn kawan yang selalu keluar2 dahulu.Rindulah.Apa kata.Jom?

2 comments:

M.Norfitri said...

bilik aku kemas la lahanat! hahahaha

Muhammad Eimaduddin said...

...............