Tuesday, December 14, 2010

Kenal dan Hargai

Aku belajar mengenai sesuatu beberapa minggu lepas.Bukan mengenai sesuatu yg merepek dan sia-sia , sial-sialan dan ayam2.Tp dari pengalaman jugaklah kan,biar aku bercerita yah. oink oink *bunyi katak

Tak kenal tak cinta.Kita ni manusia mesti ada sendiri punya perspektif dan own point of view dan kita bebas untuk menghakimi orang lain.Sebab tu dalam subjek psikologi yg dimana aku dpt A, (hek hek hek), aku tahu benda tu ada lah normal.Aku menghakimi dia begini,aku menghakimi mereka begini and the words is going all round and round about people yg kita judge tu.So,kita end up dgn kawan2 karib yang dikatakan sekepala atas rasional anda menghakiminya sebegitu rupa bahawa "oh,merekalah kawanku tercayunk! wink2" -,-

Dan daripada perspektif kita tu,wujud cerita.Dipecahkan kepada dua cabang.Yang baik dan yang buruk.Disokong fakta ataupun hanya khabar angin je pun.Dan akibat dia tak perlu lah kita nak bgtau kan u ollz.

Cuba pejam mata,igt balik muka kawan2 sekarang,muka kawan2 dulu,musuh2 dan siapa siapa lah yg penah hadir dalam hidup anda.Adakah anda sudah begitu adil untuk menilai seseorang.Apetah besarnya dosa anda ketika tiada perkara di meja makan untuk dikatakan,anda membuka cerita yg jelas daripada perspektif anda sendiri?Dan sekarang wujud pulak isu mempengaruhi orang lain atas penghakiman anda yg entah mana keadilan dia?

Well,kita tak perfect kan.Kita bukan tahu pun sapa berlakon,sapa wayang ataupun siapa yg benar-benar berada di sudut yg kita selesa sebagai kenalan ke,kekasih ke kan.Apepun,jadilah bijak untuk menghakimi.Ada caranya.

Aku benci kali pertama jumpa dia.Kali kedua benci lagi.Kali ketiga,mak aih,baiknya budak ni.Reti jaga kawan.

Aku suka dia,kali ke beratus juta pun suka jugak.But in the end,neah,salah aku menghakimi agaknya.

Ok kawan,kenal dan hargai okay.Jadi bijak.Cheers. :)

No comments: