Sebab aku rasa hutan hijau tu tempat sunyi,penuh dengan lagu dan ilham.Hidup,bernyawa tetapi tak boleh bercakap.
Tahu aku banyak bermenung?
macam-macam aku fikir.
nak beritahu apa monolog aku?
ah,cerita saja,sebab benda ni selalu hilang ditelan post-post lain mungkin.
macam biasalah kan.Outsideisraining.
Hujan itu selalu turun.
Tak pernah diingat dan dipuja.
Tapi kita yakin,akan turun.Aku suka.
Bajingan yang menyatakan kalau sedih kita harus menangis.
Kalau begitu, dunia sudah dipenuhi dengan lambakan air masin yang bercampur dengan sumber air tidak dikenali. Apa harus kalau sedih mesti menangis, perempuan menangis.
Skeptikal.
Ada benda yang buat aku kadangkala takut.
Takut dengan manusia yang sungguh pandai merasa siapa aku.
Dengan manusia begini, aku sumpah jadi telus.
Satu demi satu helaian aku biarkan mereka baca dengan sendiri tanpa perlu aku bercerita.
Emosi kau macam mana?
Stabil?
Berapa lama kau sakit?
Berapa lama kau jatuh?
Apa pengajaran yang kau dapat?
Sebahagian daripada diri aku yang bangkit semula selepas peristiwa dulu, meneruskan pelajaran, kehidupan direnggut pergi dengan satu ucapan yang menikam ke dalam. Benda yang bila kita terlampau bersedia dan musnah begitu sahaja, ada sesiapa yang tidak tahu terluka?
Walaupun sekadar beberapa puluh minit cuma.
Itu tetap masa jatuh dan kecewa.
Sakit dan sengsara.
Kau buka dan pejam mata, buka semula.
Ketawa.
Nah, hilang sudah duka.
Sahabat : Satu lagi, sebelum ni kau jatuh, siapa tolong kau?
Aku : Kau. Kau sahaja yang tolong aku.
Sahabat : Dan kali ini, siapa yang tolong kau?
Aku : Diri sendiri, dan kau juga.
Sahabat : Tak. Aku rasa aku datang cuma selepas kau pulih.
Aku : Sendiri.
Sahabat : (tanda jempol) Tepat sekali. Diri kau sendiri.
Bila kamu puji aku kuat, itu bukan bermakna aku mendabik dada dan ketawa.
Tidak.
Sebab aku tahu, aku hidup untuk kekal bernyawa.
Sebak.
Kewujudan aku hanya aku sendiri yang sedar dan hargai sepenuh jiwa.
Kawan : Aku kecewa gila.
Aku : Apa benda yang kau kecewa?
Kawan : Aku tak dapat balik diri aku yang asal. Aku terbayang-bayang kewujudan dia lagi.
Aku : Kau nak balik pada dia semula?
Kawan : Itu mustahil.
Aku : Jadi?
Kawan : Aku nak lupakan dia.
Aku : (ketawa) Kau tidak akan berjaya lupakan dia.
Kawan : Kenapa kau cakap begitu?
Aku : Sebab manusia yang pernah ada nilai dalam hidup kita, mustahil untuk kita lupakan.
Kawan : Tapi dia buat aku kecewa.
Aku : Kecewa itu satu bentuk nilai. Kalau dia pergi dan kau tak rasa apa-apa, maksudnya dia bukan sesiapa.
Kawan : Macam mana kau boleh ketawa riang walaupun kau kecewa?
Aku : (ketawa) Ini bukan kecewa, ini satu benda yang nyata.
Kawan : Maksud kau?
Aku : Menghadapi kenyataan dan tidak melarikan diri supaya kau tak mati sendiri. Itu yang aku pegang dari kisah hidup aku sebelum ini.
Kawan : Kau boleh hidup macam biasa?
Aku : Kenapa tak boleh?
Kawan : Macam mana kau boleh?
Aku : Masa aku jatuh, aku beritahu diri aku sendiri yang aku keseorangan. Tiada siapa yang boleh aku minta tolong. Tiada siapa. Jadi, aku beritahu diri sendiri yang aku kena kuat, maka, aku bangun.
Kawan : Benda lama, kau tak ingat?
Aku : Ada guna aku ingat balik? Ada kebaikan untuk aku? Itu soalan yang aku tanya diri aku sendiri. Kau patut tanya diri kau benda yang sama.
Kawan : Kau baik sahaja kan?
Aku : (ketawa) Selagi aku dapat menyibukkan diri dengan kerja aku, dengan hidup aku dan jadikan ego aku lebih tinggi dari kedudukan hati aku, aku percaya aku boleh selamat dan hidup macam biasa.
Kawan : Kau gila.
Aku : Ya, aku tahu aku gila.
Kawan : Kau gila sebab kau boleh tabah.
Aku : (ketawa) Kerja aku adalah pengubat aku.
Kawan : Tiada masa untuk duduk sendirian?
Aku : Tiada.Aku harap tiada.Tapi kau tahu ada ketikanya kan?
Aku yang perlu buka mata aku sendiri dan hadam realiti.
Walaupun pahit dan membuatkan kerongkong kau rensa, itu tanda kau masih manusia.
Celaka.
Dunia memang penuh dengan suka dan duka.
Tapi kalau kau tidak pernah teruja untuk gembira, kau patut duduk dan senyap sahaja.
Bukan untuk ukir sakit dan merana.
Untuk kau belajar senyum dan hadapi dunia.
Dengan diri kau yang penuh semangat waja.
Bukan kesateria yang hilang pawana.
Sudah.
Kegembiraan yang datang secara tiba-tiba, akan pergi secara tiba-tiba juga.Oh,aku banyak berfikir kali ini.
jgn risau kawan,ianya terbaik untukku,
tulis aku bukan untuk mengingat,
-adaptasi.terfaktab.
p/s: thanks taman negara,i really have something to do with my life,better.
No comments:
Post a Comment