Tuesday, July 5, 2011

berjimatlah untuk kawin.

entri kedua untuk satu hari sebab gua syumpa bosan.

Post ini akan nampak self-centered jika aku punya follower seramai sejuta atau tiga belas point empat juta untuk aku ceritakan ciri-ciri isteri aku dan tidak buat literature review untuk entry ini

"Rex aku rasa kau sesuai dengan perempuan yg kelakar," - anonymous

Aku kalau boleh, aku ingin mengahwini Hanis Zalikha ataupun mana-mana perempuan kelakar yang boleh buat aku gelak termengah-mengah tanpa bunyi. Jadi kalau sudah berkahwin dengan Hanis Zalikha, baru boleh letak nama anak Anggerik. Wiwit.

Kerana dalam meletakkan ciri-ciri perempuan impian, aku selalu terlupa bahawa jarang aku membiarkan manusia untuk membuat aku ketawa. Selalunya aku saja buat mereka ketawa walaupun aku agak serius dan drakula. Bagaimana aku tahu aku buat orang ketawa? Kerana setiap hari ada lima orang gadis akan inbox aku dan kata, Rex kau kelakar, mari berkahwin.

Sebelum itu mari fikirkan secara inverse perihal mengurat.Anggap ar aku seorang yg loser kerja tapau nasik sorang-sorang,pastu makan sorang depan tv sambil nangis jeles nora Elena kawin dengan aaron aziz.Senang cerita,perempuan carik aku, syurga*

Jadi aku sangat bermasalah kalau aku jumpa perempuan yang kurang kelakar dari aku, tapi cuba untuk buat aku gelak.. Aku tidak mahu lah kata,

"Kau tak kelakar, kalau kau masuk Maharaja Lawak, kau kategori Amir,"

Tidak boleh buat ayat begini, sangat jahat dan masuk neraka. Jadi aku berdiam saja kerana melihat moves dari perempuan, comel tahu. Atleast mereka cuba untuk membuat aku ketawa.

Mengapa terjadinya perbezaan tahap kelakar?

Tahap kelakarnya seseorang berbeza mengikut pendedahan. Contohnya Marzuki tahap 3.5 kerana selalu tonton Gerabak dan Fatimah Juling di Astro Warna. Tapi Suzana tahap 8 kerana suka bukak meme dan tonton Glee. Apesal glee pulak ni, maksud akuHow I Met Your Mother. Ataupun apa apa saja cerita brilliant, karang aku sebut korang tak tahu jadi maksud aku tidak sampai.

Apa yang perlu dilakukan kalau jumpa perempuan kurang kelakar dari kamu?

Tinggalkan dia.

Janganlah begitu, kalau dia buat perkara kurang kelakar, kamu buat lah lawak lagi kelakar supaya dia sedar yang dia kurang kelakar dan tidak patut buat lawak di hadapan kamu. Tapi kalau kamu saja yang buat lawak, siapa pula yang nak buat kamu ketawa? Setelah aku berbincang dengan anonymous, dia mengeluarkan ayat epik,

"Aku sangat kenal kau rex, Perempuan tidak perlu bagi ayat manis untuk mengurat dan bagi hint terima kau, cuma beberapa perkara bodoh saja boleh menarik minat kau," okay,sapa ngurat sapa,no wonder aku masih single dan ketawakan diri sendiri.

Kesimpulannya, tidak penting siapa yang buat lawak. Lihat akauntan cimb bank yang serius seperti pengetua sekolah menengah pun aku boleh buat aku selalu berangan perkahwinan.

jodoh tak kemano ye idok?

2 comments:

z said...

haha.speechles...payah jugak kalau banyak sgt gelak..

Mia Lara said...

bengong, haha