Sunday, July 10, 2011

bila aku sudah graduate.

bila aku sudah graduate,bukan lagu Noh Hujan.

Harini Ahad aku bersama rakan-rakan bermain street soccer anjuran Persatuan Pengajian Islam ataupun lebih masyhur dengan singkatan PPI Uniten.Tapi bukan itu yang mahu diberitahu.

Kami telah dikalahkan dengan selambernya oleh budak hindu.Aku tak mau racist hari ini,kerana mereka memang nampak hebat.Penyerang mereka rambut perang.Ganas,dan betul2 sivaji.Tapi bukan itu yang mahu diberitahu.

Kau jangan mengada-ngada lah rex sayang,plis stret to d point -hanis zalikha

Straight to the point.Aku berpeluang solat kat DSS hari ini.Untuk strangers, DSS adalah Dewan Seri Sarjana.Kat situlah dewan nak buat segala aktiviti,segala ceramah, konvokesyen dan kalau mahu,perhimpunan haram pun boley.Tapi harini aku berpeluang solat zohor dekat hall dewan itu yg luas.Betul-betul dihadapan pentas.Aku tak mahu melepaskan peluang,walaupun secara jujurnya aku penat tak tidur satu hari.

Apa yang jakunnya untuk dicerita mengenai solat dan DSS, aku terbayang yang aku sudah bergelar pelajar akhir sem.Boleh dikategori sebagai pelajar senior.Aku berdiri mengangkat takbir didalam dewan yang bakal menjadi saksi, laungan nama Mohamed Norfitri untuk melakukan cat walk secara bersederhana untuk mengambil segulung ijazah.

Semasa lepas solat itu,aku betul-betul berdoa,segalanya untuk jadi kenyataan.Untuk ayah dan mama melihat anak sulung dia mengenggam segulung ijazah.Impian untuk setiap ibu bapa.Jujur,aku rasa sebak ketika itu.Tapi serius aku masih berwajah korea walaupun sebak.

aku harap tahun akhir ini berjalan dengan lancar.Aku tetap menunggu dengan penuh sabar.Untuk menjadikan hari konvo aku adalah hari paling gembira dalam hidup aku.

p/s: Aku berambisi tinggi.Dan aku nampak cool dengannya -Neil Armstrong

No comments: