Thursday, July 7, 2011

eksekutif dan air fruit tree.

aku masih bertemankan nota business intelligence.Entah kenapa hari ini aku mampu membeli sebotol pringles berserta air fruit tree berperisa delima dan manggis.Puas mencari perisa cengkudu sensasi dan kopi jantan berkarbonat.Aku tahu membeza kalau wang yayasan itu sudah masuk ataupun belum.

nyata hidup sedikit berubah dengan wang.Wang segalanya mungkin.Dengan wang kita bisa menonjolkan gaya.Aku sudah mula bersarapan dengan cereal koko crunch.Gadis-gadis sudah mula memenuhkan inbox untuk ajak berkahwin,berbulan madu ditemani sinaran pantai.Berbanding dahulu,dengan mulut ternganga di tepi tingkap mengharapkan hash brown turun dari langit.Penuh harapan,no wonder,aku gemar sendawa tak kenal adab.Angin mungkin, tapi persis berbau hash brown.Ya, aku kurang pasti sebab terakhir aku makan hash brown ketika selsema.Itu pun sisa Ahmad Faizal Maula Johari.Asal perak, yang mencuba selera orang-orang metropolit.Kau lebih sesuai dengan belacan dan ulam raja.

Kini masa menginjak 7 pagi.Jam penggera Syafiq Jamil Rais masih berkokok ibarat ayam kepunyaan syaitan dari neraka.Lebih lagenda kepada seisi rumah yang tidak langsung peka.Tidur tanpa peduli aku membawa pringles hari ini.Agak rare pringles di sini.Lagi lagi perisa bbq berapi masykur yang terbaik dari Mister Potato.

Aku perlu kembali menelaah.Bertemankan pringles dan fruit tree perisa delima dan manggis,aku mencuba untuk fokus.

Oh ya,wang tidak boleh membeli cinta.Tapi boleh membeli cara.

p/s: aku kira membelikan gula -gula untuk teman wanita sangat cool -Syakir Shahriruddin

No comments: