Friday, July 29, 2011

littlest thing

Assalamualaikum anak-anak sekalian,pada hari ini mari/ moh lah kite / kamon bebeh mengingati tentang ibadah pada bulan bulan Ramadhan ,rugi kalau hari hari kita di bulan ini disia-siakan dengan main keta kontrol dan minum cupcake semasa berbuka puasa.

er,acaner na minum cupcake.

Pernah kita peduli tentang perkara yang sangat kecil? Dimana setiap dari satu kejadian kecil yang menimpa kepada kita membawa dan memberi signifikan tentang sesebuah perkara yang besar?

Dan pernah kita terlalu banyak berfikir sesuatu perkara yang kita kira sangat besar,sebenarnya adalah satu perkara remeh, ataupun just another thing in life.

Aku tahu kalian semua tak paham selok belok bahasa buletin utama, Oleh sebab aku power dan gojes, aku tak segan untuk berkongsi untuk memberi analogi.Maafkan aku kalau aku riak katakan diri sendiri power dan gojes di bulan ramadhan,sebab aku rasa apa yang aku dambarkan nampok benor nipunye.

Harini ini, terlupa pakai jam tangan, pastu terlupa pakai boxer bercorak rabbit pada hari selasa, tapi di dalam kelas, sebab tidak memakai jam, sedikit terlewat pergi ke kelas kak ros.Kena pot pet pot pet membuatkan anda disuruh berdiri di luar kelas.Sebab tak pakai boxer bercorak rabbit, aku rasa kurang konfiden.Dan tiba-tiba masa sedang tahan segan berdiri di luar kelas,aku terjumpa dan berkenalan dengan so called soulmate aku,dengan orang yang anda rasa sangat bertuah untuk berkenalan bersama.Who knows, you met the best person in life?

Kalaulah aku bawa jam aku, kalaulah aku pakai boxer rabbit, how those significant thing akan berlaku? Aku akan tidur dalam kelas kak ros.I never bother sapa berjalan depan kelas tu,aku tak peduli apa pun kak ros cakap except "cukup sahaja kelas untuk hari ini".

Oleh itu setiap perkara kecil yang kadang-kadang kita terlepas pandang,dan tidak sedar ianya mungkin membawa kepada satu perubahan yang besar.

Lagi-lagi kalau kita ada every moment dengan orang yang kita sayang, every littlest thing about her/him sangat-sangat memberi makna.Dari cara dia makan, dari cara dia reply sms, dari cara dia sebut sesuatu perkataan, cara dia bergurau, even a single scratch in their phone, and cara dia letakkan noktah dan koma dalam sesuatu ayat could means a world to us.

Aku ingin katakan setiap perkara remeh ada memberi makna.Jangan sengaja untuk terlepas pandang akan perkara yang kita kira littlest untuk kita,tetapi sangat bermakna untuk orang lain.
Dan akan tertulis satu ayat.

"orang sekeliling kita akan start perasan kita berubah, bila kita tidak behave seperti mana orang lain mahukan dan suka daripada diri kita"

p/s: agak-agakla aku ada boxer bercorak rabbit der.

No comments: