Wednesday, July 13, 2011

Suka hati aku laa.

Tak boleh ke kita jadi seorang yang suka pada sesuatu secara universal, tanpa backround story?Ataupun semangat gila babi ape jadah kau nak tunjuk aku pun tak tahu.

Suka hati aku laa, aku pergi stadium sokong Tim EPL sebab minat cara diorang main,ada kualiti.Lagipun sebelum ni tengok kat TV je. so sad.Nak pergi UK tak mampu lah der.Aku sokong sebab minat aku dan sebab aku suka bola sepak.

-Ehh,kita warganegara Malaysia,sokonglah negara sendiri.Kan bagus,sapa lagi nak sokong bola sepak kita kalau bukan rakyat sendiri.

Justifikasi: Time malaysia dalam streak kalah dulu,kerja maki hamun.Pusingan kelayakan, stadium still kosong jugak.Time lagu negaraku ON kau selamba jee duduk.Pastu tak habis-habis semangat negara kau.Komen kau langsi agak menyegankan aku nak mengaku kau orang Malaysia.Melayu pulak tu.

Justifikasi: Time Fabregas miss pass kau 'alaaaa,kamon fab!'
Time Syafiq Rahim miss pass kau "bodohlaaaaaa"


Lagi satu,aku suka dengar lagu Mizz Nina via youtube.Aku suka tengok dia sebab suara dia comel,and kadang-kadang aku rasa dia cun.Hot belakang cerita.Baca komen kat bawah video dia,sedihnya ;

-She's a muslim,im proud! dipenuhi jugak dengan isu racism.

Justifikasi: Yea,i know dia muslim.Tp for the sake of the music i like,tak payah kut letak komen-komen macamtu.Niat aku nak enjoy je muzik tu bukan sebab dia Malaysian, Islam, tetapi aku suka lagu diaa dol.Kamon,kita patut belajar untuk having 1st class mentality.

Aku rasa kita patut belajar cara suka sesuatu.Bebas tanpa ada kritikan.For the thing we love and enjoy buat.Tapi yang masih dalam batasan agama and etc.Just my opinion.


No comments: