Tuesday, August 9, 2011

anda memenangi percutian 3 hari 2 malam ke

aku perlukan sebuah percutian.Tidak lah sekadar bersantai bersama gadis meminum tropicana punch dan berborak mengenai bisnes jutaan pound sterling.Tidak juga berharap, berhu-ha bersama rakan-rakan di kedai shisha berborak mengenai kambing, kibas dan concern mengenai kepupusan kuda belang.Ramai keliru antara sebuah percutian dengan cuti sakit, cuti bersalin, mahupun cuti-cuti cinta.

sebuah percutian,dari definisi aku dimana aku boleh berada berseorangan.Di tempat yang ada pemandangan sangat cantik.Yang dekat dengan alam.Indah nian ,cantik orang dengan budaya.Dimana disitu aku boleh berfikir dan berangan, dengan berjuta perkataan "kalau" dan tenang memikirkan realiti yang bakal aku tempuhi.Aku perlu jauh dari segala hiruk pikuk manusia, pelakon dan arnab liar. apetu.ape tuu.

tapi,akal manusia panjang kalau digunakan dengan betul.Apabila aku ingin rasakan sejuk seperti salji, cukuplah dengan minum 3 botol air badak, tak payah pakai baju dan melepak di tutti fruiti menikmati aiskrim. Ironi bukan, aiskrim sekarang perlu ditimbang.Bagaimana dengan raut wajah penjual aiskrim dahulu yang jujur dan seronok melihat telatah budak-budak berlari kearahnya dengan gembira.

maka owner fruiti tutti pun berkata:

"ni frozen yogurt laaa gileeee "

maka aku pun terkedu dan menangis sampai mata bengkak sebab kena marah dengan owner tersebut. em,tak realistik bukan?

Berbalik kepada percutian.

Aku sangat tertarik dengan idea backpacking.Aku rasa southeast asia sgt cool .Aku cuma perlukan teman sebab aku rasa better aku spend duit untuk bercuti luar negara dgn duit sendiri dari aku membazir dengan impian mahu membeli seekor sugar glider yang boleh bercakap.

p/s: bayangkan sugar glider boleh bercakap. acaner tu.

No comments: