Friday, August 26, 2011

cliche gila cakap selamat hari raya wei

Aku cuba untuk menulis entri pada hari ini tanpa meletakkan perkataan raya.Sebab aku tak berapa suka dengan cliche.Seperti contoh, pertanyaan 'kau puasa tak harini?' dan 'lapar' di bulan Ramadhan amat menaikkan bulu aku yang comfy, ups.maksud aku membuat aku berbulu as in marah laa. get it.

Lagu hari raya versi upin dan ipin agak menaikkan semangat aku yang brader-brader ini untuk turut bergembira di hari lebaran.Apakah erti lebaran kalau kita tak melihat anak kecil berguling di pasaraya kerana tak dapat kasut lampu, ceria dengan bunga api bukan? Senang jadi budak kecik, mereka tak tahu erti pokai, kering,sengkek dan muflis untuk mereka gembira meraikan dengan apa yang mereka suka.

Juga kepada gadis-gadis yang molek yang sibuk membuat kuih raya.Eh, maksud aku ade jugak gadis tak molek buat kuih raya jugak, lulss , tapi secara umum kemeriahan itu dapat dirasai dengan gelak tawa apabila kuih tat nenas jadi bubur asyura dan rasa ibarat ubat gigi.Tapi please okay girl,jangan cliche sangat macam iklan cornflakes.Kot yee pun nak buat jokes,pastikan ianya bermutu dan tidak cliche.

"satu untuk biskut, satu untuk saya, satu untuk biskut, semua untuk sayaaa *ngap3" pastuu gelak tahap setan di dapur konon korang bajet tu kelakar.Tapi aku rasa kelakar kut,kalau yang buat lawak tu seorang pondan.

juga kepada anak-anak di perantauan.Banyak lagu raya lirik dia mengenai pulang ke kampung halaman.Yang tak reti jenguk ibubapa sampai bertahun-tahun tuu boleh dalam kategori bangsat laaa jugakk sebab lagu raya semua pasal ibubapa ,kampung kut.Aku pun tak sangka Aznil Haji Nawawi pun ada nyanyi lagu raya sekarang.Tapi kalau nak tengok Malaysia riot, MAX24/7, silalah buat lagu raya.Pastu kau zapinnn laaa gileee.

Selamat hari raya aku ucapkan kepada rakan-rakan jauh dekat, terutama ex sekolah alam shah putrajaya yang belajar di perantauan.Aku tak boleh bayangkan bagaimana perasaan dengar lagu raya dekat luar negara.Sebab kat Bangi dengar lagu raya pun aku dah start berair.Belum lagi takbir tu kan.

Juga kepada saudara,strangers, kira semualah yang membaca ini.Selamat hari raya.Maaf zahir batin aku ucapkan pada semua.Aku sayang semua,dan jujur,aku kalau boleh ingin bersama tiap-tiap semua menyambut hari raya.Tapi mustahil sangat kan.

tahun ini aku tak shopping sangat.Tapi tahun ni aku sempat menjengah jalan TAR sekejap.Cuma yang ironinya aku pergi ketika sahur.Itupun aku saja belek-belek baju sebab lupa basuh tangan masa makan kat mekdi.Ah aku rindu tempat tu, disitu tempat aku berjalan dengan awek dahulu ,pilih butang , teman carik baju , segalanya indah aku rasa dahulu,tapi ketika aku melayan hati dan perasaan masa tengah belek2 tudung style badut ketika tu, abang kedai pun berkata.

"adik, barang lepas jgn dikenang"

Salam aidilfitri lagi dari mohamed norfitri. Fakta, aku dilahirkan pada 24 April dan ketika itu,nama aku fitri diberi kerana aku lahir semasa syawal.Bersyukur tidak lahir ketika rejab kerana mungkin ada posibiliti nama aku mohamed zainab.Tak kewl bukan?

p/s: "kawan abg kat sana tanya,boleh tak dia kalau nak kahwin dengan adik?" *sambil kita tersengih bersama di tengah kota raya yang sibuk.

No comments: