Konklusi kepada permulaan? Hidup kita sentiasa bersama manusia.Akan ada perihal, ragam dan konflik.Kau akan ada kawan yang perangai dia macam itu, macam ini.Akan ada yang sial, akan sentiasa ada salah faham.Akan ada kawan yang kau selalu pandang positif, akan ada kawan yang kau pandang negatif tak habis-habis.Kau orang semua dah besar, mesti tahu setiap jenis kategori rakan yang pernah, atau sedang dalam hubungan.
Iya, ada masalah, kau ada pendirian konsep yang tegas.Akan wujud pandangan sendiri kepada orang lain.Kau pegang dan ubah satu-satu cara kau bercakap, kau kelas kan kawan-kawan dengan label masing-masing.Dan semuanya kau lakukan atas pendirian kau sendiri.
Tidak apalah,aku hormat pendirian anda.
Tapi kasihan lah pada aku yang tertanya kenapa kau berlaku sebegitu.Kita pernah berpegang pada tali yang sama , rapat kita walaupun dengan pelbagai komitmen sebagai pelajar dan peribadi. Aku tak mahu berpaling pada waktu dahulu.Sebab aku sudah terima yang kita semua meningkat dewasa.Tetapi, kasihan lah pada aku, berubah rasa kau pada aku, dengan tertanya-tanya, tersedak-sedak mengagak apa berlaku.
Tak salah berterus-terang.Hakimi aku kalau mahu, tetapi sekurang-kurangnya beri penjelasan, kenapa begitu.Supaya aku tidak terus bertanya dan bertanya.Jujur, kalau ada silap, aku tidak takut untuk mengakui.Tetapi beritahu aku, kenapa.Dari siapa.Bagaimana.
Tapi kalau segalanya susah dan kompleks,adakah perlu aku datang pada kau bertanya ;
"Apa dosa aku pada kau,sampai begitu jadinya"
p/s; sentiasa ada orang terasa dengan rasa kau.Walau kau tuju rasa itu kepada orang lain.At least,make them understand. :)
No comments:
Post a Comment