Saturday, September 3, 2011

mari meng-embrace future

Aku menangis teresak-esak sambil menginsafi diri apabila membelek duit raya terkumpul sepanjang minggu raya.Tak sangka,walaupun aku ada simpan sikit misai nipis,masih,orang tetap menghulur.Rasa macam nak frame satu-satu sampul duit raya ni,dan tunjukkan pada future son Adam Hakimi dan Melati tentang baby face abah mereka walaupun umur mencecah 20 an plus plus.

Apapun bersyukur,mereka yang menghulur agaknya tahu aku masih orang yang belajar, nak beli pensil,pemadam,buku latihan sume sume kan.Adam Hakimi jangat ikut perangai abah okay,mintak duit na beli buku latihan UPSR,tapi abah tipu, abah guna duit tu pegi CC main lumba kete pastu lebih abang buat tikam netaw dapat digimon an.Ah,abah tahu,Adam baik kan? Nah,ambil duit ni,beli buku latihan UPSR tu, dan ni sekali dengan duit pergi CC skali. Lebih buat beli rotan,abah lama tak pukul budak. *aku jenis daddy yg suka cakap makan dalam

Raya ini tiada grand sangat.Disambut secara bersederhana,penuh tawadhuk.Tapi dihari raya ini,aku diberi peluang untuk melihat, apa masa depan aku sebagai anak paling sulung dalam keluarga.Aku dah lihat apa peranan,tanggungjawab yang bakal aku pegang sebagai abang kepada adik-adik aku yg agak ramai.Perempuan pulak tu, hmm *bunyi gendang motivasi

cilaka apa gendang motivasi ? -______-

Hasrat ayah dan mama untuk buat satu buah rumah dekat dengan rumah arwah atuk,nenek amat menggembirakan hati,Semua bermula sebab ayah bising parking kat taman yang sgt sesak.And there is my future raya, suasana kampung yang really2 aku nak untuk anak dan bakal wife aku rasa.Kerana aku amat mengharapkan seperti ini;

" okayyy,jom anakku,kita pulang ke kampung parit raja di batu pahat! "

dan aku tidak mahu ini;

"jom anakku kita pulang ke tamannnnnn saujanaaa"

sebab aku taknak ada artis cilaka yang buat lagu 'wowowo balik taman,wowowow balik taman, hati girang'

I see more and more future is waiting for me to embrace.Boleh bayangkan berapa banyak kereta siblings, how our future-to-be occupation, and most important, give time kat ayah dan mama rasa,how we gonna take care of them both, insyaAllah.

And btw,aku jumpa budak yang aku selalu buli masa sekolah rendah ,aku pun berborak dengan dia sambil pandang dia kejap besar,kejap kecik dan rasa nak buli dia sepam lagik.Aku pun bertanya dengan mesra,yela sebab lama tak jumpa sambil2 makan kerepek pisang.

"haha,amacam bro,dah tough lain macam ko ni,apa ko buat sekarang?study?"

"study lagi,tapi aku tengah ada trial pelapis taekwondo kebangsaan lusa,ko ape cerita?makin kecik aku tengok ,hehe "

perlahan-lahan aku kunyah kerepek pisang itu sambil mengingati dosa silam.

No comments: