Dimulai dengan merpati, guna asap, bunyi gendang and it goes on and on until lastly via BBM mahupun SOS topup.Secara telus,adakah kita manusia benar benar memahami segala apa yang dikatakan tanpa limitasi bahasa?
Iya, bahasa satu limitasi.Walaupun orang india secara literal dikatakan sama,tetapi limitasi bahasa tetap boleh dilihat.Percayalah, Shah Rukh Khan sama sekali tidak boleh berbahas dengan Batumalai anak lelaki Kurupiah.
Cara bergaduh orang hindustan juga berlainan.Mereka hanya bergaduh jika ada situasi satu lawan 10 orang keatas, teksi roda tiga, dan "syabas inspektor shahab" . Dan aku rasakan polis hindustan tidak kewl kerana uniform berwarna coklat.Coklat sedap dimakan,bukan untuk dipakai.
Aku rasa aku adalah seorang yang fool dahulu apabila menyanyi lagu "kuch kuch hota hai" secara random kepada gadis india.
Pentingnya komunikasi, bagaimana cara untuk bercakap, dan untuk difahami.Segala luahan rasa, segala tidak puas hati boleh diexpresi secara maksimum tanpa sebarang rahsia.Tetapi itulah manusia, sentiasa ada masalah dengan kejujuran.It happens.
Bagi aku ,jujurnya sentiasa tiada perkara yang sukar diungkap. Jangan terlalu berfikiran batak jika kau katakan perkara yang sukar diungkap adalah cinta.Contohnya ianya mempunyai pengertian yang luas,bukan sesuatu yang sukar diungkap.
Kau resah, kau tidak tahu apa perlu dilakukan, kau cuba mengungkap apakah perasaan itu,tidak boleh.Sebenarnya,ianya kerana limitasi psikologi sendiri,
kau takut untuk menerima realiti,
kau cuba melawan takdir,
kau cuba menolak segala kemungkinan,
kau penakut,
kau penakut,
iya,kau tidak mahu melukakan.
Dan bagi aku,aku suka dengan orang yang optimis, jackass dan kurang ajar.Walaupun mereka kadang-kadang put things overrated, see things as it is, and meant to hurt, tetapi kejujuran is what counts.Yeah it hurts, at least, they cry for some time, berbeza dengan orang yang still play the game of confusion, which at last falls hard dan tak bangun-bangun tersembam tanah.
Komunikasi penting.Jangan takut untuk berterus terang.Lidah kelu untuk berkata sesuatu yang benar.Dan bagi aku jika keliru dan gagap memberi definisi kepada sesuatu, kau bukan tidak reti mengungkap, tetapi kau kekurangan kosa kata, atau perlu masa untuk menyusun ayat.Kau sayang untuk mengungkap sesuatu yang pedih atas nama menjaga hati, tetapi kalau boleh sayangilah mereka atas dasar kejujuran untuk expresi apa yang ada di hati.
Seperti contoh,
Hye Hana Tajima,
Aku suka kau sangat sebab kau sangat cantik.Sebab kau pakai tudung.Lagipun aku suka cari girlfriend rare, dan kau sangatlah rare sebab dari Jepun.Aku selalu terbayang;
"woih,ko tau shidah? anak si midahh, si pitri tu! kahwin dengan orang jepunnn! "
"wauu,untunglah jahh, makan sushi laa kita masa kenduri nanti! "

Tak salah jadi orang yang jujur dan dibenci, dari menjadi orang penipu dan disukai. :)
p/s: aishiteruyo hana tajimaa!
2 comments:
cakap sama cermin
surething.
Post a Comment