selamat pagi Malaysia.
Berapa ketul orang kita yang betul-betul bangun pagi dengan niat ikhlas untuk bangun solat subuh,siram pokok bunga dan berborak dengan matahari?
ah cilaka,aku masih tidak menerima hakikat bahawa mentari dalam cerita teletabis adalah bermuka baby.
Aku bermimpi tadi.Aku berjumpa dengan seorang gadis.Aku katakan kat dia , nama siapa?
Dia pun menjawab ;
"Nama i elyssa".
"Tapi kenapa muka awak macam fasha sandha?" kata aku dgn sedikit kekeliruan,tapi maintain cool dan tegas.
Aku malas nak cerita panjang sebab tu semua mimpi. Tak sangka manifestasi aku untuk tgk drama tivi 3 masa makan influence aku punya framework mimpi.
Tapi,aku kalau boleh menjadi seorang arkitek mimpi seperti dalam cerita "Inception" ;
Aku akan letakkan semua orang yg aku suka,dekat tempat yg mereka suka.Bersama orang yg mereka suka,dengan kehidupan yg mereka suka.Sama dengan kehidupan realiti. Sebab aku tahu perasaan kasihan kalau kita hidup didalam mimpi.Angan-angan yang sentiasa tidak realistik.Menjauh dari takdir tuhan beri untuk makhluk merasa gembira,perit kehidupan.
Jangan hidup,kalau diberi pilihan untuk menjalani mimpi selama-lamanya;
sebab masih ada memori yg sentiasa berbisik,
kau bermimpi sayang
No comments:
Post a Comment