Wednesday, October 26, 2011

laki jenis hape kau ni?

Aku mahu bercerita pada semua tentang sindrom aku yang aku alami.Aku tak pasti sama ada aku seorang yang normal, abnormal, mahupun Normala Samsudin (lawak hambar).

Aku tak suka sangat berjalan dalam shopping centre tanpa urusan.Unless kalau aku mahu beli something, it's okay. Tapi, kalau dalam takda urusan itu,aku ternampak gift shop, aku akan serba tak kena, resah, separa exsaited, gabra, mencuit-hati, menggeletek minda, tak kering gusi (over).

Apapun,aku sangat suka masuk gift shop.Kalau brader-brader suka lepak Zouq mabuk2, budak form 3 lepak pavilion, dan budak uniten lepak cool blog, anggap saja,pilihan untuk aku, aku suka lepak berjam-jam didalam kedai gift shop seperti yang aku sebut sebentar tadi.

Apa ada dalam gift shop? Aku ketis abu rokok kat ketiak engkorang kalau kau anggap gift shop ni tempat untuk budak-budak tak kewl. Sebab aku rasa aku sgt kewl *cengkerik.mp3

HAHA, sebab dalam gift shop, kita akan jumpa seribu ekspresi. Bila tengok teddy bear yang sangat besar, aku akan berfantasi sesaat, macammana kalau teddy gedabak itu kita beri kat orang yang kita sayang. Peh,mesti seronok tengok adik kecil aku terkedek2 pegang teddy tu,susah payah angkat sebab berat and at the same time, senyum dan gembira.Syurga.And also girlfriend,and i know how's that smile.

Dan pergi ke bahagian cenderahati. Macammana cara orang untuk ucap terima kasih.Beribu jenis kata yang sgt kreatif. Kadang-kadang orang kita ni ucap terima kasih macam babi sikit.Jujurnya, walaupun pelik, kat situ aku belajar menghargai orang lain dengan cara tak langsung. Susah nak cakap.

And lastly,gua tak hamik tahu sgt anniversary-anniversary member-member ni.Tapi luckily aku tahu jugak si Syakir and Si Nadya punya anniversary. Happy 1st anniversary brother and sister,live long,and prosper!

p/s: siper bunga yaw!


1 comment:

Epal merah said...

we got same hoby.suke lepak gift shop..smpai kwn2 kate pelik. jeles le tu kn..