Friday, November 4, 2011

Fiksyen Kuala Lumpur

Aku cipta fiksyen ini semasa sedang makan roti ditepi tingkap.Like seriously.
Fakta, tingkap bilik aku nampak KLCC dan menara Kuala Lumpur.

Aku anggap menara Kuala Lumpur dan KLCC adalah pasangan kekasih.Mereka ada banyak persamaan iaitu tinggi, Kuala Lumpur, Pencakar langit, dan Kebanggaan Malaysia. Mereka dahulu sangat rapat di dalam pelan pembinaan. Janji dicipta, bahawa menara Kuala Lumpur dan KLCC tak akan berpisah. Dan akan runtuh bersama. Tapi atas nama takdir, mereka dibina sedikit dalam kejauhan.Kasihan, mereka mampu melihat satu sama lain dalam ribuan bangunan lain dibawahnya, diatas lapisan awan, tapi mereka tetap tak boleh bersama.

Tragis.

Aku pun berfikir,kenapa jadi begitu.Kenapa perlu ada cinta tidak kesampaian? Kenapa perlu terseksa melihat masing-masing tetapi tiada kata mampu diucap?Kenapa Kuala Lumpur tiada kisah cinta yang berkekalan? Hmm.

Aku sangat sedih,teresak-esak,sambil makan roti ditepi tingkap.

Rupa-rupanya baru aku faham. KLCC ada dua menara.



....




....



So aku concludekan bahawa KLCC adelah gay.


Sekian.Seksualiti Merdeka? Nak kiamat sudah dunia.


P/S: kalau ko pikir jambatan KLCC tu macam-macam,aku lempang!

3 comments:

Azira Y said...

ko letak p/s laaa buat aku pikir mcm2! hnff.

M.Norfitri said...

hahaha, mmg niat pun. ko pk mcm2 ke? *lempang!

Mia Lara said...

bongok. haha