![]() |
| Aku janji,aku akan typo 2011 hingga march 2012 |
Tahun 2011 adalah tahun dimana aku selalu typo dalam menulis tarikh. Perasaan dia macam kat sekolah rendah, dilempang cikgu sebab lupa tulis hari kat atas kiri buku tulis dan tarikh atas kanan buku tulis.Fikir-fikir, anak anak dahulu kuat.Kena lempang buat dek je.Paling kuat pun lepak belakang kantin dan menangis teresak-esak dan minum air kotak cekelat RMT.Kanak-kanak sekarang? Kena lempang, masuk buletin utama.
2011 adalah tahun yang penuh asam garam. Ada seronok, ada perit.Tapi sehingga kini,syukur, umur masih panjang untuk merasa digit 2012.Mungkin sekarang ada mat rempit bertarung nyawa sambut new year tetapi eksiden sebab gagal memotong sebuah ferrari dan termasuk tol untuk smart tag dan parah sebab terlanggar akak yang tukar shift jaga tol.Apapun,bersyukur, 2012 masih kita bernafas.
2011 meninggalkan aku dengan pelbagai kenangan. Dimana kenangan itu aku semua terlupa kerana 365 hari itu terlalu banyak peristiwa.Aku penat untuk mengingat,sebab bagi aku semuanya signifikan.Semuanya penting.
2011 bagi aku adalah tahun yang sama dengan sebelumnya.Dimana aku masih menghitung hari bila tinggi aku akan bertambah dan rambut akan menjadi ikal.Alhamdulillah, berkat doa ibubapa, guru-guru dan penjaga masa yang bijaksana, aku sudah berhenti menyanyi di bilik air bermikrofonkan botol syampu yang kosong.Tabiat itu adalah susah untuk ditinggalkan, sebab didalam bilik air, aku rasa, aku berada di karaoke jamban,yang dimana bezanya adalah keluar air dari shower dan berbogel keriangan.Aku paling benci mandi kat Cendi malam-malam.Ada je babi tutup lampu time gua mandi. Pastu bisik " ayokk rexx, tak tahuu"
2011 adalah tahun dimana aku masih rindu dan menghabiskan masa ditepi tingkap menyanyi lagu Raihan dan rap lagu SNSD.Serta menunggu peluang melihat UFO kut kut ada.
Azam aku pada tahun 2012 bukanlah Azam Blinkie (lawak hambar), azam aku adalah untuk memakai topi petak dan get the fuck out of UNITEN. Di UNITEN, segalanya manis, dan perasaan bilik habis letrik pastu kena gi admin pagi2 untuk topup letrik adalah sesuatu yang sukar digambarkan.Mungkin lepas ini ada topup air pula.Dan bas uniten dah ada konduktor kutip duit tambang.Pastu makan sayur sahaja, harganya mungkin macam makan kat Williams.
2012, adalah tahun penuh cabaran.Aku akan mula bekerja.Memakai kemeja dan mempunyai skandal ofis.Aku juga mungkin akan mempunyai konflik dalaman syarikat, bila ada orang yang tak berpuas hati, sebab anak dara bos minat aku, instead musuh sekerja aku yang muka ibarat Nasir Bilal Khan yang mempunyai hasad dengki terhadap aku yang bergaya berseluar slack yang baru basuh dobi.
2012 juga aku mungkin berlakon ombak rindu 2.Cuma bezanya kali ini, aku sailang Izzah dari Haris.Pastu sailang lisa surihani, pastu sailang julia ziegler, dan live happily ever after.Pastu poster movie tu just gambar aku sengeh.Sebab gambar aku sengeh adalah abstrak. Biar orang keliru, genre filem ni kelakar ke, sedih ke, ataupun perasaan ragu-ragu.
Selamat 2012.Adakah sesuatu yang baik akan berlaku? Doakan, we never sees the future, but yes, pray for the best, and prepare for the worst.
24 April birthday gua. Tak salah merancang awal untuk sesuatu bukan? Alhamdulillah syukur.Terima kasih kawan-kawan atas pemberian iphone dan suprise party nanti. Dan terima kasih awak, si gadis baru yang mencuit hatiku di 2012 ini ( 10 % berangan 90% doa) Amin.
Selamat tahun baru 2012.
p/s: Aku maafkan dosamu, maafkan aku dan mari melihat masa depan yang gemilang tanpa rasa takut kerana memori usang dan polaroid yang berhabuk.Apapun,aku rindu kamu , 2011.

No comments:
Post a Comment