Tuesday, December 20, 2011

Pendapat :Mari ketawa wahai Mahasiswa dan Politik.

Seperti biasa, aku ni pelajar biasa-biasa sahaja.Pointer tidaklah hebat mana.Kepimpinan pun tidaklah ada, dan aku rasakan aku bukan juga seorang pengikut mana-mana ideologi.Tapi, apa salah untuk aku sama berkongsi.Yang betul kita kongsi, dan salah, harap dimaafkan dan diperbetulkan.

 Tapi orang kata orang muda ini terlalu galak berfikir.Dan aku tidak sekali dapat mengelak untuk merasa aura isu semasa. Isu terbaru, Adam Adli, dan panglima perang. Hangat di facebook. Benda yang menyoronokkan untuk yang neutral, dan panas untuk yang berpendirian.

Terlebih dahulu, isu semasa kini adalah berkenaan video ini. Berkenaan si Panglima Perang yang mahu meludah mahasiswa, atas satu kejadian menurunkan bendera di hadapan pejabat UMNO katanya dalam 5 minit dan nama hangat diperkatakan adalah seorang pelajar UPSI, Adam Adli bersempena demonstrasi di jalanan yang menuntut supaya mahasiswa diberi lebih kuasa autonomi. Dan lebih tepat lagi, desak kerajaan supaya memansuhkan AUKU.

Apa itu AUKU?

AUKU adalah Akta Universiti dan Kolej Universiti, diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir dan pindaan tahun 1975 yang dilakukan secara khusus untuk menghalang pelajar dalam penglibatan badan sekerja dan politik secara umumnya. Oleh itu, mahasiswa menuntut untuk lebih bebas, iaitu secara lebih tepat lagi, boleh bergiat dalam bidang politik tanpa sebarang sekatan. Situasi kini, mana boleh seorang pelajar buat demonstrasi, melakukan segala aktiviti politik dilakukan di kampus.Kalau didapati bersalah, kena buang kampus.

Oleh itu, frasa mahasiswa dan politik kita lihat menjadi perdebatan bukan?

Aku semakin malas nak menulis sebab aku rasakan benda yang aku tulis adalah sesuatu yang bangang untuk dibacarakan oleh aku sebagai pelajar, dan seorang bangsa melayu.Tapi tidak mengapalah, sekadar mahu berkongsi kepada yang mahu mengetahui dan terumbang ambing.

Bangsa melayu, diberi tempat untuk belajar.Secara total IPTA adalah untuk kita bangsa melayu sebagai platform untuk mengejar impian dan menjadi orang berguna. UPSI adalah salah sebuah IPTA, ya, tempat belajar Adam Adli.

Diberi pelbagai bantuan pelajaran, tertubuhnya MARA, tertubuhnya badan lain seperti PTPTN, diberi elaun sara diri, duit buku, quota khas untuk kita di universiti dan permohonan biasiswa.

Mahasiswa kita dizalimi kerajaan kata Adam Adli. Melaungkan UMNO dan BN sebagai kerajaan kini zalim kepada mahasiswa. Mereka mahu lebih lagi, autonomi dalam bidang politik.

Kenapa mahasiswa mahu kebebasan politik sayang? Aku sangka kau mahu elaun pelajar kita dinaikkan dan diberi iphone 4s seorang satu.

Dan disini aku berfikir dari sudut mereka. Ya, mereka mahukan reformasi. Apa salahnya, golongan anak muda universiti mempunyai idea yang bernas, mencari kelompongan dalam perlembagaan kini, kalau boleh terlibat dalam politik, sudah tentu, tenaga mahasiswa akan menjadi gelombang era baru untuk berubah kearah yang lebih baik.Yelah, kerajaan sekarang zalim, macam-macam problem.

Dan dengan statement tersebut, adakah bunyinya tak ubah seperti ayat seorang pembangkang? Yang berdiri dalam parti selain BN dan UMNO? Sama bukan? Ke tidak sama? ha?

Pembangkang adalah satu bentuk posisi.Dimana memang tugasnya mencari kesalahan kerajaan (tahu sebab saya terlibat dalam debat sekali-sekala), oleh itu,saya katakan, pembangkang era kini melakukan yang terbaik dalam mencari kesalahan.Patut dipuji. Dan kerajaan sudah tentu lah cover line. Dan permainan ini boleh bertukar servis dimana-mana negara sekalipun. Beri Anwar Ibrahim jadi PM, beri Najib Tun Razak menjadi pembangkang. The game is always the same. No right or wrong in politics.

Dan mari berfikir sejenak. Mahasiswa dalam isu terkini dalam demonstrasi dilakukan. Saya tercari-cari wajah seorang dua mahasiswa berbangsa cina di video ini. Mujur ada seorang dua india rasanya.Itu pun masih ragu-ragu saya rasa. Dalam semua ramai-ramai bangsa kita melayu , menjerit meminta AUKU dimansuhkan, dimana bangsa lain agaknya ya?

Mungkin si bangsa cina dan india ini sedang duduk di universiti swasta, sedang berlapar sebab duit belanja cukup-cukup, di dalam kelas tambahan menghadap soalan past year. Ataupun sekadar merehatkan diri, untuk tenaga belajar pada malam nanti. Nak mengharap bantuan kerajaan, tiadalah sangat, bak kata mereka, "bertuahnya kalau jadi orang melayu"

Kalau aku jadi Ah Chong atau Murad, aku mahu menggerakkan satu bala tentera pelajar, untuk menuntut hak, sebagai rakyat Malaysia, yang sama taraf dengan orang melayu. Aku akan jatuhkan kerajaan sekarang dan buat demonstrasi untuk sokong DAP yang memperjuangkan hak mereka. Tapi, tiada satu pun berlaku. Sebab? Kita ada perlembagaan, dengan kontrak sosial, kita melayu ada keistimewaannya.

Lihat pilihanraya kampus lah sebagai contoh.Pernah terjadi sehingga ada kekerasan, dan provokasi even dalam pilihanraya kampus.Itu sudah dibatasi dengan AUKU. Bagaimana jika ada parti politik terlibat sama jika AUKU dimansuhkan? Ada jaminan ianya menjadi semakin baik? Atau sebaliknya?

Sila beri jaminan, bahawa ianya adalah resolusi bernas dari segi kebajikan,prioriti seorang pelajar, dengan ambil kira umur 2 puluhan yang nyata mentah untuk berfikir jauh dalam kancah politik yang sering berubah pasang surutnya, berteraburnya kebenaran dan hak, yang masing-masing masih keliru?

Kita berhadapan dengan fakta yang keliru, ibarat bermain telefon buruk, disampaikan dengan pelbagai intrepretasi dan andaian , dan akhirnya, percayalah, tiada baik dan buruk yang konkrit , kerana ideologi politik adalah apa yang kita mahu percaya, dan tiada tuhan untuk memberi kata putus, siapa salah,siapa betul.

Kenapa kita tidak reti bersyukur? Masih lagi kita mencari kelemahan disana atas ideologi, bertekak atas pindaan.

Kenapa sayang? orang melayu kita, hanya tinggal kuasa. Tun Mahathir selalu cakap, kita mudah terlupa.

Kita diberi segala macam kelebihan. Tapi kenapa bangsa melayu galak, menuntut untuk berpolitik?

Sedih atau tidak, kepercayaan untuk menjadi orang berguna dan bekerjaya dicacatkan oleh satu situasi yang tidak pasti?

Perang sudah tamat. Kita tak perlu panglima yang meludah, kita tidak perlukan mahasiswa yang kurang ajar.

Ingatlah, waktu belajar untuk satu skrol ijazah adalah dalam lingkungan 4-5 tahun paling lama. Kenapa tak boleh balas "jasa" perlembagaan yang memberi bangsa melayu kita di IPTA belajar, dengan hanya bersabar sebelum kita memakai topi petak di hari graduasi dan selepas itu, bebaslah dikau untuk berpolitik tahap mana sekalipun?

Oh darah muda, lihatlah kau pada sekeliling.Kenapa melayu kita mudah lupa. Aku sependapat dengan Safwan Norizan, my ketua pelajar for batch 2003-07 Alam Shah Putrajaya.

"Jika benar mahasiswa kini dizalimi,bagaimana pula ketika zaman ayah dan ibu kita dahulu?kena cari duit sendiri masuk universiti sambung master,sambung Ph.D? "


"Masing masing ada pendapat sendiri..tiada yang betul dan tiada yang salah.We believe not in the truth but what we want to."

p/s: baik anak muda sekarang fikir nak banteras gejala sosial rakan sebaya mereka, dari kurang ajar kepada mereka yang lebih tua dan makan garam dalam perjuangan menegakkan hak melayu generasi kita.

5 comments:

Hazwani said...

Setuju sangatt..
Kenapalah sibuk nak mencari kelemahan sesuatu pihak sedangkan diri sendiri lebih untung kalau reti bersyukur.

Anonymous said...

ikutkan nak senang hidup, nabi kita (nabi Muhammad saw, nabi Musa, nabi Yusuf)pun hidup senang asalnye. tapi kenape mereka memilih jalan yang sukar??

(bukan nak kate adam adli itu betul,aku pun x suke ape yang adam adli buat. tapi cube tgk balik gaya hidup yang kita tengah ada, adakah kita kat landasan yang betul? just kaji balik bacaan (ihdinassirotolmustaqim) yg kita bace berjuta2 kali dalam hidup ni,kenapa Allah turunkan ayat tu, match x dgn lifestyle yang kita ada sekarang)

so, dkt tulisan di atas, dapat dilihat akan adanya ketidakadilan dalam pembahagian kesenangan dalam masyarakat. ko pun sendiri sedar bila ko cakap akan orang cina dan india x turun pun menuntut hak mereka.. apa salahnya kalau kita orang Islam, memperjuangkan hak2 orang yang tidak mendapat hak mereka. x salah pun rasenye.

mungkin kita dah selesa sangat dengan apa yang kita dah ada selama berpuluh-puluh tahun hidup. sebab tu x penah timbul rase besalah ataupun kasihan dengan bangsa lain yang bertungkus lumus untuk dapat privilege yang disediakan kerajaan.


-pendapat, nothing more or less.-

admin said...

hazwani : well, no right and wrong there. thanks.

anonymous: sgt setuju juga. yeap! nothing more or less. kita perlukan perjuangan juga,mungkin kita selesa dengan apa yang kita ada selama berpuluh tahun hidup. good point! :)

Abdullah said...

kita lebih mementingkan bangsa sendiri berbanding agama yg kita anuti skrg ni. apa la nilai bangsa kat akhirat nnt? kita sepatutnya bersyukur dilahirkan dalam agama Islam, bukan bangga sebab kita ni melayu. sedangkan nabi Muhammad SAW sendiri pun menentang bangsa sendiri yg menindas baginda.

jika nak berlaku adil, kita kena dengar dari kedua2 belah pihak. jujur saya katakan, harakahdaily.net adalah sumber terbaik dari pembangkang. jika mahukan sumber dari kerajaan pula, saudara sendiri tahu di mana utk mencari.

anyway, nice entry. saya hormat pendapat peribadi saudara

admin said...

setuju lah abdullah, sepatutnya nilai agama islam adalah resolusi untuk segala masalah.

tapi saya rasa, kita masih lemah dalam kesedaran itu kan?

mengenai sumber,ya saya tahu semuanya, bagi saya,saya sgt ada masalah untuk menilai.Wallahualam.

terima kasih saudara atas pendapat. :)