Aku dahulu ketika umur 13 tahun, sudah belajar hidup jauh dari keluarga. Aku bukan seorang yang pandai berdikari.Pergi sekolah mama sapukan bedak wa cakap lu.Aku teringat masa ayah dan mama hantar aku ke Kuala Lumpur untuk belajar. Aku ni orang Johor, apa aku tahu tentang Kuala Lumpur cuma tiga, iaitu Cerita Gerak Khas, KLCC, dan A.Galak. Apa pasal A.Galak aku pun tak tahu kenapa. Yang penting, nampak A.Galak kat tv, aku teringat Kuala Lumpur.
Dan masa hari pertama aku di sekolah, mak ayah dengan selamba tinggalkan aku.Tanpa salam dan ucapan selamat tinggal yang baik.Serius, aku sedih nak menangis gila babi, tapi oleh sebab tu semua sekolah budak laki, aku kontrol. Tapi, setiap hari, aku menangis dalam bilik air masa mandi sebab homesick. Sebab ada falsafah inggeris yang berbunyi ,
"nobody knows you're crying, when u walk in the rain"
Cuma aku olah sikit falsafah itu, as
"nobody knows you're crying, when you're showering" -,-
And it goes and goes until 8 years, tanpa mempersoalkan kenapa mak ayah buat begitu pada aku.Bayangkan, aku sangat kecil masa tu, dah tentu lah hati aku juga bersaiz kecil, dan menjurus kearah sikap cepat tacing dan berkecil hati.
Hingga baru-baru ini, ayah telefon, memberi khabar tentang adik aku yang baru sahaja daftar di asrama penuh. Aku bertanya tentang keadaan adik, dahlah perempuan kan.Sebab aku ada another adik yang sekolah asrama jugak, hampir nak keluar sekolah sebab homesick.Tp survive juga.
Aku bertanya "ha,adik macammana? okay? "
"Tak tahu lagi, ayah dgn mama tinggalkan aje adik, mama tu haa tak sampai hati nak tengok,pisah dengan adik."
Dan disitu,aku beroleh jawapan sayang dari mama, dengan cara yang tidak pernah aku duga.
Selamat hari jadi mama. 8 Januari ini, terima kasih untuk segalanya.
So do you think, you've been loved, by their very own way? Even, in the cost of leaving and hurts you?
And my answer,is yes, let they love us, by their own way dear,and it takes time, for truth to reveal itself. :)
p/s: Betapa kita tak pernah melihat sayang dan pengorbanan orang lain dengan cara mereka yang tersendiri. Walaupun kadangkala, ianya menyakitkan.
6 comments:
so true, kadang-kadang kita nampak dan kadang-kadang kita tak sedar. bersyukurlah.
nak lari tajuk sikit. cantiklah template blog. :)
kann...so true...kadang2 parents ni xreti nak tunjuk sgt diorg actually really love us=)...
hi2..follow sini...nice la blog.=)
aiseyh..mata masuk habuk plak.haishhh
love my parents damn much.
hmm..
Post a Comment