Wednesday, February 22, 2012

Hai, saya orang johor.


Sebagai orang selatan, mari berbangga, sebab tiada sajak yang seumpama ini dikeluarkan Allahyarham Usman Awang. Mana ada sajak pasal orang Key Elle. Oleh sebab aku jumpa sajak ini pada hari ini, jom kita belajar KOMSAS! Jangan risau, aku takkan suruh kau orang semua buat karangan.

Aku pada harini, cikgu nak ajar pasal orang Johor.Selain hensem dan cantik (luls), orang johor banyak kelebihan dan khasiatnya. Lagipun, johor ada kuda kepang. Okay, mari kita huraikan maksud satu-satu okay.


"Kurang ajarnya tetap santun"

Orang johor ni perangai dia kadang-kadang kurang ajar.Lagi-lagi orang Muar yang suka cakap lepas, tetapi apa yang dimaksudkan adelah, mereka ni kurang ajar mahupun langsi secara bersopan-santun.Contohnya, mereka kata ;

"kau ni bangang". tapi dengan intonasi sopan sampai orang yang dibangangkan rasa seperti mereka dipuji kerana berperlakuan bangang.

"Lembutnya cukup jantan"

Aku tak tahu nak goreng apa part ni, tapi aku rasa orang johor tak bapuk. kut. Haha.Mungkin maksudnya, dalam kelembutan, seperti mengalah dan beralah, dan sopan, tidak bermakna orang johor ni tak tegas.

"Dajalnya masih selamba"

Orang johor adalah pengarah projek mendajal orang paling power dalam sejarah pembentukan Malaysia.Cari sahaja rakan-rakan johor, mesti ada. Tapi yang penting, mereka ini rileks. Dah dajal orang, masih selamber yaya. Tak macam orang lain, dah dajal orang, excited lebih dan terkinja-kinja bajet fun.

"Nakalnya bersulam Jenaka"

Aliff Satar tak semestinya orang johor walaupun dia nyanyi 'peace peace peace, kamu jgn nuckal" . Orang Johor ni serius nakal. Kalau pergi dekat Johor, tengok masalah disiplin budak-budak sangat banyak.Budak-budak johor sangat keras kepala. Tapi nakal mereka penuh jenaka. Seperti contoh, kat kampung aku dulu, ada kes orang curi kambing,  pastu pencuri tu trade-in kambing tu kat kedai henset.

"Menikam dengan pantun"

Orang johor tak sedar, dalam mereka berborak,mereka sebenarnya berpantun. Contohnya, dalam usaha mereka 'menikam' (membahan member) , mereka tak sedar kerana orang johor terkenal dengan akhiran ayat "ek"

"Kau ni lambat pikap la ek"
"Apesal muka ko mcm labi-labi ek?

Ha,kan dah jadi pantun dua rangkap.



"Menyanggah dalam senyuman"

Aku tak tahu menyanggah tu apa, tapi aku rasa aku suka sengih-sengih.

"Marahnya dalam ketawa"

Aku boleh lihat perangai ni kat aku sendiri. Dalam ketawa pun aku boleh marah.Semua orang boleh ketawa, tapi tak ramai boleh marah dalam ketawa. Contohnya ;

"Hahahahababikohahaha."


"Merendah diri bukan menyembah"

Orang johor ni mungkin pesyen dia rendah diri, tapi tak sampai kena pijak kepala dengan orang lain.

"Gua rendah, rendah jugak, tapi tak bermakna gua sembah lu" (Ayat Aaron Aziz warganegara Singapore, dan singapore sebelah johor, so aku rasa valid)

"Meninggi bukan melonjak"

Mungkin aku rasa orang johor ni mungkin kadang-kadang nak tonjolkan diri sendiri, tapi tak lah terlampau takbur riak sampai tahap masuk neraka.Contohnya adelah ;

"Aku adalah orang Johor yang aweshemm, tapi tapi, korang semua lagi awwshem dari aku. Sebab Johor takde Key Elle Shi Shi. wuwuw, rendah dirinya orang johor niew"

Kalau kau jumpa orang johor menggedik macam ayat atas ni, aku beri kebenaran, lempang laju-laju, hingga cucur atap.


Okay, dah habis salin belum? Cepatlaa,aku nak padam papan itam ni.

2 comments:

Ridzwan Mohamed said...

saye juga org johor!

Razf said...

orang johor memang awesome