Tuesday, March 27, 2012

Regrets on available options.

Berapa kali kita rasa menyesal dalam hidup kita agaknya? Menyesal sudah tentu atas satu sebab, kerana kita membuat pilihan yang salah over multiple choice of option. Kita mungkin menyesal kerana spender salah saiz, tersilap nak beli kubis tapi terbeli hamster, ataupun menyesal ponteng kuliah yang dan-dan ade kuiz pulak ai.

Hidup ini memang penuh pilihan. Nak beli alas kaki, kita akan diberi pilihan seperti sandal, kasut, dan selipar. Dan lepas pilih, kita akan pergi details on their colors, design and size. Tell me, wheres the part on our life, we're not making choices? Kuda pun kalau diberi pilihan mahu bercakap, dan mahu menjadi seekor unikorn yang gembira ke sini dan kesana bersama pari pari dan kuntilanak hensyem seperti Ian Somerhalder. *metaforiq

Dan disitu, kita mula diberi pilihan bila kita sudah ada identiti. Bila seekor kuda diberi pilihan, sudah tentu, pilihan dia bukan untuk jadi binatang lain seperti mahu jadi ikan laga ataupun beruang kutub.Dan disitu, pilihan seekor kuda, adalah dibawah kategori azalinya iaitu seekor kuda. Mungkin kuda itu mahu menjadi kuda cemerlang UPSR, ataupun kuda ku lari gagah berani. Tak mungkin kuda itu boleh bertukar menjadi kacang kuda.

Faham analogi? Maksudnya, pilihan terletak di tangan kita. Dan antara pilihan yang diberi itu bukan untuk berpatah balik yang di luar azali kita sebagai seorang manusia. Rasional, kita tak boleh menyalahkan takdir, kita lahir didunia, dengan sebegini rupa dengan sebegini situasi, dengan sebegini latar belakang dan dengan sebegini jalan yang kita telah pilih.

Dalam islam, kita diberi tahu apa erti takdir. Qada' dan qadar tuhan yang ditentukan. Allah dah cukup baik, bila ada takdir dan jalan hidup kita yang sudah tertulis, masih memberi kita senjata power gila babeng, iaitu, doa. Kita semua nakkan yang terbaik. Ya, kita boleh merubah takdir dengan berusaha dan berdoa.

Nilai diri sendiri sekarang. Kita masih hidup, berada didepan komputer yang mungkin dikira cukup selesa bersama internet, ada keluarga yang masih menyayang, ada teman yang masih menemani, ada nikmat yang sedang kita rasa.

"Ternyata, beribu pilihan yang kita buat sebelum ini, antara sesalan dan puas membuat kita masih berdiri dan meneruskan hidup"

Bercakap mengenai pilihan, aku permudahkan dengan persamaan dan mekanisme model tree decision structure, supaya mesej aku sampai. *mcm artis

Adaptasi kita dalam membuat pilihan.


Dalam hidup, kita konfem membuat pilihan yang salah antara YES dan NO tersebut. But still, it leads to something. yes.To something.

"and ppl say, the best is YET to come"

Oleh itu, don't cry over spilled milk. Pilihan yang salah kadang-kadang untuk kita maju kehadapan. DONT REGRET!

p/s: Lagipun, tiada sorang pun berhak menjadi hakim pada kita, lagi lagi kita membuat pilihan yang salah. Kerana pilihan, adalah hak muktamad peribadi. Salah pilih? Rileks, kita je tahu, pilihan tu salah ke betul. kan?

2 comments:

Mia Lara said...

entry kau macam kaunseling untuk aku dah. keep writing.

Razf said...

jangan menyesal..

orang kata, kalau kita menyesal pada benda2 past, kite x boleh move on