"People don't change, their priority is" -Anonymous
"Entahla, bila dah single ni, baru aku rasa doh, berapa banyak aku tinggal, moments dengan member-member" -Anonymous
Bagi aku, circle kawan-kawan ni adalah sesuatu yang dinamik. Bila orang cakap, kita ada timeslot masing-masing. Pandai bahagi masa, sikit untuk member, sikit untuk awek, sikit untuk family dah cukup buat kita bahagia. Paling bahagia di dunia.
Bagi aku minoriti je boleh nak rasa tu semua. Dan bila kita borak pasal social relationship kita ada, patut buat kita fikir dengan lebih bijak, nak jaga hati siapa, dan dah tentu, nak letakkan prioriti kat siapa, dan pada waktu bila.
Jujur, prinsip aku dan rakan-rakan dikalangan aku;
"Aku keluar dengan awek aku jap" -Adalah satu excuses yang paling kami hormat.And dialukan at the highest order.
Sebab aku fikir, itu adalah bahagia tahap tertinggi yang boleh dikecapi seorang lelaki.Siapa tak happy kalau member happy?
Entahlah, daripada diri aku sendiri, kadang-kadang aku terlalu pentingkan kawan-kawan. Aku kadang-kadang sampai lupa telefon mak ayah tanya sihat ke tak, dah makan ke belum. Lepastu, ada daya nak call,hanya nak mintak duit belanja. Haih.
Dan disitu, aku memberi prioriti yang salah.Lupakan yang paling penting, iaitu keluarga.
Aku impikan, kalau boleh, bercinta tu takdelah sampai makwe kontrol, kene report setiap masa ke mana, lepak dengan siapa.Tak patut kut kita takut dengan perasaan kecewa, kalau orang yang kita anggap nak hidup bersama sampai mati tu, still ada problem dengan trust.But i understand the fear.As life is much much complicated. And sometimes a little bit unfair.
So i'm preferring, my future wife, will be my best friend -of different gender.
Aku taknak borak pasal kawan. Sebab diorang selalu ada. Walaupun diorang kadang-kadang datang dan pergi. Tapi aku akan akan selalu terhutang budi dengan insan yang digelar 'kawan'. Dan patutnya, ada jugak prioriti pada mereka, sebab mereka pernah bagi prioriti kat kita. Setuju?
So, how about you?
2 comments:
suka sangattttt post ni :)
betol.. slalu lupe telefon family
Post a Comment