Friday, May 11, 2012

Rough

Lepak Pertama Complex, dekat dengan KL Sogo terjumpa ada seorang budak perempuan.Ada satu buku agama dia pegang.Dia singgah dari meja ke meja.Bertanya kalau ada mahu membeli. Ramai cuma geleng kepala.

Sampai kat meja.Aku tahu , aku capai wallet. Tapi saja mengusik, sebab ada satu je buku dia pegang.

"Berapa ringgit ni dik?"

"RM 10."

"Ehh, mahalnyaa RM 10 hehe" , aku cuba jadi sarkastik.Sebab aku tahu, aku akan tetap menghulur.

Muka dia masam, mata dia ada sikit berkaca.Aku tak tahu kenapa, sebab wajah dia macam dia sakit.Lepas hulur duit.Aku jeling tengok dia pergi mana.Masih, dari meja ke meja bertanya.Dalam genggaman dia, ada helaian duit.Dia genggam erat.Aku fikir, masih lagi ada orang prihatin.

Lepas tu aku berpaling.Rasa nak menangis. Terbayang, sebab rasa budak tu baya adik aku; Aliah Amira.Dan aku bayangkan dia buat macamtu.Hanya untuk sesuap nasi.

4.30 petang aku tengok jam masa tu. Sebak, dia patut kat rumah tengok tv, buat kerja rumah, hiasi keluarga dengan suara riang desak ayah bawak pergi taman permainan. Makan aiskrim.

Kenapa.Sakitnya. :(