Bila kita selalu berfikir, dengan pelbagai sudut, atas rasional dan adaptasi kepada pengalaman, kita, dan semestinya aku lazimnya akan ada satu gulungan konklusi.
Bukan semua orang dilahirkan dengan sikap tak ambil peduli, dingin, jahat dan sebagainya. Sebagai klise, kononya pengalaman dahulu menjadikan apa yang kita jadi sekarang.
Bila fikir balik, banyak benda, peluang aku lepaskan, setiap kali gagal tu membawa kepada satu benda baru untuk aku terokai. Baru tahu, setiap benda yang aku hilang dari pegangan, ditinggalkan kepada orang yang lebih baik. Rasa dia tu macam, penghujung paling bermakna.
Macam hujan.
Pasti, bila ruang dan masa tu semakin sempit untuk berfikir segala itu, menjadi aku semakin dingin, dan optimis dengan clear chances yang aku ada.
Sebab aku fikir, jangan menduga hujan selagi derap, rintik air tu tak mengenai muka.
Bila mama seru jangan main hujan, aku masih teruskan. Dan berakhir dengan aku demam, dan mama masih sabar dengan sayang dia walaupun amaran tetap diberikan berulang kali.Mungkin aku patut berdoa, aku dapat rasa cinta mcm mama. Cinta yang tetap diberi, walau aku banyak sangat kekurangan.Degil, tak dengar kata.
Yelah, kalau sayang tu, takkan ada jemu. Dan teguran yang konsisten tu akan tetap menerjah bila aku yang dah besar ni duduk dibawah bumbung melihat hujan.
Dan bila orang sekeliling bertanya dimana khabar aku, yang rapat mula mencongak gerak geri aku yang semakin lain dari kebiasaan, aku turut muhasabah diri dimana silap dan kurang.
Sebab apa dingin aku terhadap orang lain.
No comments:
Post a Comment