Aku tak tahu nak kategorikan rasa aku ni sebagai kategori 'kurang bernasib baik' ataupun 'bernasib baik' ataupun sekadar luls.
Bila sesi praktikal aku semester ni terlalu sibuk, aku yang bakal nak grad ni (insyaAllah), mula rasa sakitnya ada tanggungjawab.Mula terikat dengan rutin. Baru aku tahu, perangai aku yang dulu playful kini diuji dengan ujian maha dasyat.
Tak semua bernasib baik.Ada yang dah ada kerja, colleague best, kerja seronok masih boleh keep up dengan social life.
Manakala aku, aku dalam trauma culture shock kerja yang aku rasa ada stress,mula merindui zaman belajar.Pergi balik terhuyung hayang naik LRT mengantuk, sampai malam terus tertidur, dan tertanya tanya, benda apa yang aku tertinggal nak buat.Dengan kawan. Dengan keluarga.
Aku diuji dengan ayat sendiri. Yang aku cakap dengan orang, sembang suruh keep going, bila mana aku suruh orang untuk tenang hadapi hidup, aku pula terima ayat aku semula.Yang mana aku telan dengan pahit sekarang.
Bercakap mengenai hari graduasi, adakah teori memperkenalkan bakal menantu kepada mak ayah ketika itu masih relevan? Kalau relevan, aku ingin kongsi rasa aku, bila mana, terlalu sibuk kejar kerjaya ni, aku dah macam tak peduli nak bercerekarama pukul 10 malam Ahad berlova-lova pavlova.
Aku rasa aku dah unlock new achievement. Iaitu bila terlalu sibuk, aku semakin kurang masa dan ruang untuk berfikir jauh pasal benda alah bukan bukan.
Entahlah, benda macam tu aku tak perlu risau kut. Aku ni lelaki, kena kejar juga kerjaya, kena tangani stress supaya aku dah jadik bapak nanti takkan balik kerja dan smack down semua anak-anak aku.
Steady, benda ni jadi bahan gelak je nanti. Percayalah rexy.
1 comment:
masa awal2 keje dulu memang bangun g keje, balik tros tido.. mcm xde life kan
tp lama2 ok kot
Post a Comment