Kalau nak ikutkan, capability otak kita ni mampu sangat multitasking. Macam perempuan, ataupun lebih spesifik, mereka boleh jadi seorang ibu, juruterbang , pensyarah, dan penasihat kewangan kepada seorang suami. Kalau ada free time, boleh main pesbuk.
Lelaki tak boleh sebab diorang bangang. Eh, maksud aku, lelaki lebih bersikap kearah goal-oriented punya methodology untuk hidup. They do what they supposed to do. Sebab tu jadi lelaki senang, kerja untuk gaji beri makan anak bini.
Penghijrahan hidup aku dari seorang pelajar yang macam dowh (ayah pengkid) kearah seorang individu yang bekerja adalah. -siksa. Dan sungguh ku tak mampu, menahan rindu, ah ah. Ok, lain bunyinya.Maksud aku, aku belum bersedia, sebab aku. Sebab aku apa?
Sebab aku belum lagi kecilkan skop fikiran.
Salah satu sebab kita rasa serabut, tidak semena-mena, buat itu ini pelik dan berfikir too much on things yang remeh adalah kerana kita bisa mengambil terlalu banyak item untuk difikiri (ayat indonesia).
Benda yang tak patut fikir kita fikir. Analogi dia sama macam anda jadi seorang pilot, tapi anda juga kena jadi pramugari, dan nak jugak tetiba jadi penumpang yang demand nak kuah ayam percik lebey dan komen air fresh oren tawar macam beli kat bazar. Dan jawapan dia sudah tentulah, kapal terbang anda, terbang di dalam longkang.
Bila aku lihat orang yang bekerja, komited dengan apa mereka buat, macam contoh abang ofismate yang masuk awal pukul 8 balik pukul 6 petang buat aku berfikir. Takde benda lain nak fikir ke bang selain kerja?
Persepsi aku terus berubah bila tengok meja dia yang dihiasi gamba anak-anak dia 3 orang yang comel, gambar isteri, dan button souvenir dari negara yang dia pernah pergi untuk vacation with family.
Mewah untuk orang bekerja dengan ikhlas.Nampak macam hectic, tapi bila tengok muka dia yang asyik tersengih, aku assume dia happy dengan life yang dia lead.
Oleh tu aku rasakan, dia habiskan lebih separuh hari fikirkan kerja, dan baki itu khas untuk keluarga. Skop fikiran yang jauh berbeza macam aku, yang aku rasa perlu fikir pasal apa benda aku nak main, bila aku nak lepak, masalah dengan member, nak carik gilpren 8 orang, pasal duit, dan segala pasal binatang yang aku rasa, boleh dikurangkan untuk diambil berat.
Dan Ramadhan ini buat aku fikir tema baru untuk hidup.
Less is more, the less you care, the happier you can get. Everything less and less. So you'll get less shit, from lesser expectations.
Care dengan benda yang kita patut care.Hubungan dengan tuhan, kerjaya, study, and it goes down and down dalam list prioriti.
Cuma jujur cakap, aku belum ready. wiwi. I care too much, but anyhow, time akan paksa aku untuk apa?
Kecilkan skop fikiran fitri. Ya kecilkan. Badan tak payah kecilkan, sebab ko mmg kecik ta hengat.
Salam Ramadhan untuk semua. :)
2 comments:
love this! :)
I sooo need this. Thanks rex :(
Post a Comment