Kadang-kadang dan jarang-jarang seperti klise P.Ramlee heboh nak kahwin 4, tertanya jugak dah kenapa aku seorang lelaki average, kawan banyak pandai menganjing masih maintain untuk keep this blog up and running. Isi takde apa sangat pun, tapi aku rasa, sekali lagi ia untuk diri sendiri, dan teman setia yang masih membaca. Oh nama blog pun dah gay, outsideisraining, pastu heboh nak tagline 'you simply can't brain this' dan terkekeh sendiri kenapa jambu sangat dan omey rasa mahu cium pipi diri sendiri.
Untuk update, done my praktikal at HSBC Bank. Tiada photo, tiada apa memori yang rasa nak share sebab aku rasa aku masih tak boleh terima perangai kerja. Perangai seorang mat-mat pejabat bangun awal, pakai kemeja seluar slack digosok sampai nampak line yang sangat obvious membuktikan aku adalah salah seorang mat ofis ekselen sama macam Zed Zaidi yang berlakon dalam cerita jadi orang kaya, berborak mengenai projek juta-juta dan seronok berasmara dana dengan konflik cinta yang sering 'dan-dan' dan tipikal melayu.
So what happen to me? Nearing finish my undergraduates, insyaAllah tunggu graduation day, dan tunggu my own PEP. PEP ini singkatan untuk Program Eksekutif Pelatih TNB. Ya, aku belajar dengan biayaan TNB. Kalau tak jangan harap aku nak belajar kat UNITEN, yang sarapan pun boleh sampai 8 ringgit. Syukur, selepas segala hardship (kunun) aku lepas juga walaupun ngam-ngam.
Dan reality check, intake itu mungkin Januari, oleh itu aku ada 3 bulan untuk rehat, menjadi semakin tinggi dan persiapkan mental untuk bekerja. Mungkin 3 bulan ini aku ambil kelas bahasa cina, violin, bahasa itali, memancing ikan, memancing perempuan dan lain-lain yang berfaedah.
Realiti check juga kepada kawan-kawan yang dah secure kerja masih-masing, macam Syakir Atif sekarang yang dah brader brader, tak boleh ajak lepak malam sebab esoknya kerja. Really, kerja bukan boleh main main macam pergi kelas suruh member sign dan bagi alasan 'saya selsema cekgu'. Segalanya serius, segalanya adalah mengenai kerja. Dan kerja, dan kerja. Dan tidurlah awal pukul 10 malam setiap hari.
Simptom orang bekerja ni jarang-jarang online facebook, aktiviti melepak dah makin kurang. Seronok tetapi masih not get used to kawan-kawan yang dah kerja. Padahal dulu lepak kat kolej perangai tak semenggah dan mahu dilempang kini dah ada bos dan gaji sendiri nak hidup dan ada yang start menabung nak kahwin. Alahai, cepatnya kita membesar!
Oleh itu, hidup kita masing-masing mungkin dah bawa hala tuju masing-masing. Aku mungkin akan menjadi semakin serius pada waktu pagi muka baru bangun tido punch card kat ofis dan balik mencarut bila berhadapan jamm. Ini realiti yang akan aku hirup dan hormat dan satu ucapan khas untuk kita yang sudah berevolusi ini,
'Priorities changed, but it does not change the way we talk, remember, and our label of friendship'
Kawan tetap kawan, kita terima perubahan ini dengan baik dan berdoa, kita akan saling keep in touch.
Walaupun ada kawan perempuan kat ofis yang lawa. hehe
No comments:
Post a Comment