Thursday, November 15, 2012

Azamuddin dan perubahan.

Selalu azam baru tu yang mewarnai hidup kita. Tak kisah la nama dia Azam, Azamuddin ataupun Zam Zam Ala Kazam. Niat nak berubah tu waras, tapi tak kisah sebenarnya kalau tiapkali kita gagal mencapai azam apatah lagi nak berubah, setiap tahun. Macam aku. Yang sembang nak berhenti rokok, nak sembahyang malam cukup 5 waktu, dan joging tepi tasik tiap petang. luls

Niat nak berubah tolak campur azam baru memang cabaran. Tapi tolong terima kasih kat hati sebab jiwa kita nakkan yang lebih baik. Hati kita tahu azam baru akan buat kita jadi lebih baik sebelumnya. Tapi jangan lupa berusaha.

Berusaha adalah part paling susah. Bersepah perkataan 'berusaha' dekat dinding sekolah suruh berusaha. Lagi-lagi kat tangga sekolah. Sebabtu nama dia usaha tangga kejayaan. Naik tangga penat kan?. Kesian kat budak gemok yang mengah kena naik tangga lepas makan mee hun sup kat kantin sekolah. Agaknya kenapa berusaha adalah paling susah?

Bukan sebab kita budak gemok, tetapi kerana Allah takkan merubah keadaan sesuatu kaum itu, melain dia sendiri yang mengubahnya. Nak berubah bukan Allah tiba-tiba bagi percuma bangun pagi terus dapat. Seperti contoh, nak berubah start pakai tudung, dan dan pulak bangun pagi dah siap pakai tudung dah. Tudung half moon pulak tu.

It just doesn't working liddat.

Kita kena usaha. Sesusah mana pun. Usaha. Kena bangun pagi, mandi, pakai skaf dulu, cari cermin pakai tudung. Hari first okay, hari second okay, tapi hari 3rd tak pakai tudung dah. Usaha nak istiqamah susah.Faham sangat.

Tapi azam murni nak pakai tudung masih ada dalam jiwa kita. Punyalah kasih Allah bagi hati kita terdetik untuk perubahan murni macamni. Macam dalam contoh ni, pakai tudung.

Tapi bayangkan, satu hari, Allah dah tak beri kita semua hidayah yang macam dia beri sekarang untuk berubah. Sakit tu. Dan keadaan kita sama, sampai kita mati? Nothing changed?

Jangan rasa takut kalau azam tu mungkin susah nak dicapai, perubahan yang diimpi tu sering kali gagal and maybe you lost your way. Again, terima kasih kat hati dan Allah yang beri kita continuous will of effort untuk kearah lebih baik. Dan yang penting, kita tahu, apa baik untuk diri kita sendiri. Dan tahu, apa yang kita benci pada diri kita yang sekarang.

Salam maal hijrah! :)

No comments: