Tuesday, January 22, 2013

Renunganku

Pernah dalam satu masa aku merenung jugak erti hidup. Bunyi macam sandiwara Emma Maembong yang terpinga-pinga kenapa hidup dia dikecewakan sebab boyfriend dia main kayu tiga. Tapi serius, hidup ni terlalu panjang untuk dihayati, tapi terlalu pendek untuk dibazirkan.

Pernah masa tu, aku rasa duit tu segalanya. Cari duit tu susah. Bangun pagi, balik bila matahari dah nak terbenam. Sepanjang masa aku nak balik atau pergi kerja di Kuala Lumpur, macam-macam cara orang nak dapat duit. Sanggup berpanas hujan, sanggup korbankan malu semata-mata nak makan. Sebab tu mama banyak bagitahu, tolong hormat semua orang, tak kisah cleaner ke, pak guard ke, sebab kita semua sama. Cari duit. Cuma beza kita kita, ada yang bertuah sebab cari duit untuk membeli kehendak dan kemewahan. Tapi yang sedih, kita ada orang yang masih terkial-kial mencari duit hanya untuk membeli kudrat untuk hidup keesokan harinya.

Sebab tu aku cukup pantang kalau ada kawan sendiri kurang ajar even kat waiter. Tak kisahla mamak ke ape.Dan sebab tu, as human as it be, i judge you based on that. Bagi aku relevan kalau perempuan, nak cari suami, tengok dia layan waiter macammana.

Berbalik pada susah cari duit, dan cuba relate dengan keadaan aku yang aku rasa penat kerja tu aku mengeluh kat mak ayah, kawan-kawan. Kerja ni satu benda yang rutin, sebab that's how world keeps spinning. Tapi ada satu nasihat yang aku rasa berguna untuk aku kongsi.

Kerja kita ni ada tujuan. Dan Allah beri kita rezeki dengan salah satu cara, iaitu usaha dan kudrat kita sendiri.Sebab tu, kita kena kerja dengan niat kepada Allah.

Ya, ayat diatas maybe a bit cliche, boring dan skrip standard untuk drama motivasi. Tapi really, kita pilih kerja kita kalau boleh mesti nak gaji yang lumayan kan? Kita lompat kat company lain sebab better offer kan?

Tapi tolong jelaskan berkat. Kenapa gaji seorang bekas askar dengan mak yang tak bekerja cukup menyara kami adik beradik yang ramai? Kenapa makanan yang ayah beli dari pasar malam tiap jumaat bawah RM 20 rasa sangat sedap bagi kami adik beradik makan sama-sama? Kenapa ada orang kat luar gaji beribu-ribu tapi masih rasa tak cukup dan komplen tak tahu nak makan mana?

Sebab berkat. Allah pemberi rezeki bukan dari material. Mungkin gaji kita rendah, tapi life is happy. Mungkin gaji rendah tapi ada anak yang pandai dan comel. Wallahualam.

Rugi tak kalau kita kerja sara keluarga bertahun-tahun, tapi tak niat pun sekali kita kerja kerana Allah?

Mungkin ada antara kita dapat bos macam haram, colleague perangai setan, tapi one thing , kalau kita kerja niatkan kat Allah, everything will be as sweet as you wish to be.

Ayat diatas relevan. Sebab kalau kita kejar akhirat, dunia pun follow. :)

1 comment:

Mia Lara said...

macam mana kau tahu bf emma maembong main kayu tiga? sbb aku baru baca dia gaduh dgn bf dia. haha.