Showing posts with label gemuk. Show all posts
Showing posts with label gemuk. Show all posts

Tuesday, November 15, 2011

Helaian 1 : Gadis bujang dan frasa memasak

Kamus Dewan Bahasa 2008 cetakan khas norfitri, BM SPM dapat A walau sangkut part karangan.


Gadis bujang - ga^-dis-bu-jang definisi ; Perempuan, belum berkahwin, bukan lelaki, pondan pun bukan.
Memasak - me^ma-sak definisi ; Perlakuan masak, bukan main masak-masak, masak la aku kalau camni, dengan niat makan atau memberi makan, menggoreng, memanggang,mengukus, bukan beli kat kedai, makan maggi hotcup bukan memasak.



Adakah pemikiran kita masih relevan untuk takrifkan bahawa seseorang gadis itu perlu pandai memasak?hm.. Cakap pasal masak, saya rasa lapar pula (Rosmah, 2011)

Saya rasa, wanita perlu pandai memasak, sebab dah memang tugas dia! Kesian kalau suami lapar nanti,Okay, harini mungkin saya masakkan dia megi kari <3 (Jijah,2011)

Saya takda masa sebab saya seorang pelajar, dan saya rasa kerjaya saya tak mengizinkan saya untuk belajar masak.Sorilah, (Mary, 2011)


Saya rasa saya nak cari bakal isteri yang boleh masak air je.Sebab saya suka tapau nasik bawak rumah. Kan senang kan? ( ZaCk WrEMPitz , 2o01)


Kami laki bini gemuk, kitorang tak kisah makan mana, asal bahagia.Kadang-kadang, rumput pun kami makan (Azizul & Enot , 2007)


Bodoh, aku seekor cimpanzi, mana reti masak. (Michael, 2008)


Baiklah, dalam isu ini, biar saya, penceramah bebas Datuk Dr Norfitri menerangkan serba sedikit mengenai ilmu memasak dan gadis semasa umumnya.

Dalam adat ketimuran, kerjaya suri rumah juga adalah satu bentuk kerjaya.Dimana perempuan dididik untuk tahu menahu cara memasak dari level paling rendah iaitu masak air ke arah level tinggi seperti masak tempe cara perancis, mahupun sotong kurita bersalut tepun kentaki. Kerjaya suri rumah adalah kerja kebanyakan orang kampung dahulu mungkin?

Namun,dalam era yang semakin mengembang,eh.

Namun, dalam era yang semakin moden, kita melihat perempuan mempunyai daya saing kerjaya mereka selaras dengan kaum lelaki.Kita ada perempuan yang menjadi engineer, cuci tingkap KLCC, drifter, pembunuh upahan mahupun terlibat dengan kancah politik.Senang kata,perempuan sekarang terlalu sibuk.

Adakah adil untuk kita katakan perempuan sekarang perlu reti memasak?

Bagi aku, ianya adalah adil. Dan aku rasa ianya mungkin dibatasi dengan level sosial. Sebab aku jarang dengar cerita permaisuri masak ayam goreng untuk raja. Dan wanita ada bibik 3 orang untuk take care of all.Tak kisahlah kalau kaya pun anyway. I've known kawan yang kaya, bibik masak and all that, tp at least, mak dia masak tomyam dan ayam kurma the best in the world, sehingga menjilat sudip dan kuali.

Aku tak katakan bahawa isu memasak ini perlu diberi fokus seperti wajib.Tak labelkan perempuan yang tak reti memasak as noob.Tapi bagi aku, budaya ini perlu ada dekat gadis generasi kini.Buku resipi sekarang google je.Tak susah pun untuk kuasai beberapa masakan faveret bakal suami insyaAllah. Tak kisahlah bini orang lain masak sedap level mana pun, tapi bagi kami, kalau isteri sendiri yang memasak, kami sebagai lelaki akan katakan sedap walaupun kami sekadar makan ikan bilis cicah sos sekalipun.

Contohnya, masakan ibu kita, adalah terbaik di dunia bukan? Ask yourself thrice. Berjuta kedai makan kita katakan sedap,tapi still, masakan ibu adalah sesuatu yang kita cari, rindu dan hargai.

Oleh itu gadis bandar, walaupun lelaki adalah pemasak terbaik, tapi kami lelaki yang sayang isteri sendiri menilai sesuatu itu dari keikhlasan.Penat kerja balik rumah, tengok isteri comot2, muka berjelaga, minyak and all stuff, makes us loves u alls more and more. :)

Ingat, memasak bukan sekadar buat kuih raya dan upload gambar di facebook.We knew, that you girls, have all the effort, and we knew it the best of you could do and should do.


p/s: Mas kahwin mahal tau, rugi laaa kalau u alls tak reti masakkan untuk i. kan? hehe.