er,acaner nak bercinta guna faks?
Itulah apa yang aku belajar dalam subjek Business Process Reengineering di mana, pada ketika ini, segala prosess bisness dipermudahkan dan di-automatikkan untuk penjimatan kos, dan juga meningkatkan produktiviti dalam perniagaan. Lihat,teknologi sekarang sangat canggih bukan? Boleh juga dipraktikkan dalam cinta.Cinta moden lah orang kata.
Bagaimana dengan long-hand love letters, pemberian bunga ros dan segala cara tradisional seperti dahulu?Betapa strugglenya mak bapak kita untuk bersama bukan?
Aku mahu berkongsi tentang cara ayah dahulu memikat mama, ayah beritahu, ayah salin alamat mama dan nombor telefon di kotak mancis.See the difference? And they got me, yang sekarang hisap rokok pun guna lighter.
Berbanding zaman sekarang, untuk mencari teman hidup pun, guna Google pon bolehh.
Pernah satu hari sengaja aku ingin mengacau si-dia pada waktu tengah hari,kerana bosan mungkin,aku sengaja menghantar text mesej untuk menggatal. Aku fikir,seronok juga spam inbox dia ni.
" hey sayang, i miss you "
-SMS tidak dibalas.
"heyy,u kat mana beb, i bosan ++rindu ni. hik hik hik "
-SMS tidak dibalas.
Oleh sebab matlamat aku adalah untuk spam inbox,aku teruskan menulis mesej walaupun mesej sebelumnya dihantar dengan separa gedik.Aku pun sms lagi.
"awak tahu tak kenapa doraemon kaki dia bulat? "
-pun tidak dibalas
Hinggalah satu mesej sampai,dan aku gembira bukan kepalang kerana si dia mereply.
"Salam, hoi abang, kenapa ni?"
Sender : Mama +60177*****
p/s: Teknologi kadang-kadang boleh membunuh.Fikirkan.Oh,cerita diatas fiksyen.
2 comments:
doraemon kaki bulat dan comel sbab petak tak comel mcm spongieee tuuu:)
hahahah,doraemon ade misai laa.mne comel. ish.
Post a Comment