Dahulu,Ada atuk dan nenek yang suka dengan kehadiran aku sebagai anak sulung mama dan ayah.Aku tak tahu kenapa tatkala aku muncul didepan mereka, mereka menangis memeluk erat,dan ketika itu aku masih tak mengerti, sejauh mana sayang dan rindu mereka pada aku.Iyalah,aku terlalu kecil untuk rasa apa itu sayang yang sebenarnya.Kini mereka tiada,dan aku sebak kerana tidak dapat membalas rasa sayang yang mereka tunjuk pada aku.Sebak di situ.
Apa erti gembira kalau gembira itu tak dapat diraikan bersama dan masih ada orang yang kurang bernasib baik.Ada rakan yang baru kehilangan ahli keluarga, ada yang masih cuba berdiri menerima hakikat sakit yang susah untuk sembuh,ada yang miskin,yang berkira-kira untuk menempuh hidup sehari-hari walaupun untuk berbuka.Aku pasti,jauh masalah itu dari kita, tetapi jika mahu berfikir tentang mereka,aku rasa itu sudah cukup mulia.
Dalam kemeriahan, ingat yang kurang bernasib baik.Aku tahu mungkin kita terlalu bernasib baik untuk fikirkan apa pelan untuk beraya secara maksima.Ingat anak yatim yang tiap tahun merencana wajah ayah dan ibu, ingat orang yang miskin tanpa definisi dan erti untuk walaupun membeli sehelai baju raya.Ingat orang yang kehilangan untuk kita sedekahkan alfatihah untuk mereka.
Raya itu bagi aku gembira untuk aku,kalau aku ada kemampuan untuk memberi.Aku kalau boleh ,mahu melakukan segala usaha untuk meraih senyuman mereka.Walaupun dengan sekeping wang yang kecil nilainya mungkin.
" adik ni comel lah, haa,ni sikit.Kirim salam kat kawan eh,kat kwn perempuan adik yang lawa-lawa,hehe "
" hahaha, yelaa tuu bang, terima kasih bang, Allah je mampu balas "
" ah, tak kira,kirim salam jugak, haha,okay abang gerak dulu"
"okay,kirim salam ibu dan ayah abang okay"
meremang bulu roma dan berderau darah walaupun aku sudah berpaling dan sayup sayup bunyinya.Dan dari apa yang dikata oleh anak yatim yang kecil ni buat aku sebak dan mengalir air mata di dalam bilik berfikir.Apakah makna aidilfitri pada mereka.Terus call ayah dan mama,untuk mendengar suara mereka, sebab aku seringkali terlupa aku ada nikmat ayah dan mama.
Tapi aku sedikit gembira dengan ketawa dan senyum budak itu dengan gurauan bodoh dari aku.Aku tahu, mereka masih ada daya untuk gembira, dan aku ingin akui,senyuman budak itu,adalah paling manis dari orang lain yang pernah aku jumpa.Serius.
Salam pra-raya dan pra-merdeka.Hargai yang masih ada.
No comments:
Post a Comment