Tuesday, April 3, 2012

Mimpi kelmarin

Aku dah cerita kat korang ke tak eh? Pasal aku mimpi naik zirafah?

Pesakit A: Umur 22. Mimpi naik zirafah.
Testimoni: "Tukang nujum pak belalang, apakah maknanya? Adakah bakal makwe saya tinggi macam zirafah? Adakah saya akan membesar macam zirafah? Adakah awek saya namanya Nur Zirafahahah?"

Rekod suara sesi kaunseling 1:

"Baiklah, apa masalah kamu sebenarnya norfitri?"

"Em, saya mimpi pelik doktor, saya mimpi saya menaiki zirafah"

"Hmm, awak mungkin terlalu stress dengan Final year projek kamu."

"Tak, saya tak stress, sebab kehidupan saya sempoi dan grunge.Lagipun presentation lama lagi! "

Doktor psikologi pun mengambil pendekatan iaitu melayan karenah pesakit.Supaya empati dapat sama dirasai dan mengenal pasti masalah pesakit.

"Baiklah, kamu naik zirafah, zirafah tu bawak kamu pergi mana?"

"Hmm, saya tak ingat tapi kat jalan raya.Banyak kereta.Tapi saya ingat! zirafah tu lalu sebelah Mines!"

"Maksud awak, awak dan zirafah itu on the way ke MRR2?Bukan selalu jem ke kat situ?"

"........ "


p/s: Aku mimpi naik zirafah pergi Mines. Bangang kan?  :(

No comments: