Aku tak pernah menanggap kalendar antara tahun itu satu penanda memori yang baik.Teringat, dan mengingati bahawa Ramadhan adalah satu penanda aras, yang membeza kan antara tahun itu, dan sebelumnya. Antara hari esok dan kelmarin.Antara remaja dan dewasa.
Arwah atuk dan nenek beranggapan bahawa Ramadhan adalah satu bulan yang dalam dia ada terselit peluang untuk berjumpa. Bergurau bersama aku yang masih kecil, naif kalau nak berbicara tentang perihal rindu dan kasih.Dan bila bersama mereka, aku terasa lebih manja.Lebih berbanding mama dan ayah sendiri. Tapi jiwa orang kecil tak pernah nak mengerti. Sebab Ramadhan itu, nenek memeluk aku dan menangis teresak-esak di katil tempat dia terlantar sakit.Dan dimana jua nenek menghembuskan nafas dia yang terakhir.
Tanpa aku mengerti sedikitpun.Bahawa ketika itu aku perlu menangis bersamanya. Sebab rindu dan cinta yang baru dirasa kini ketika dewasa yang terlewat untuk dirasa.Yang aku rasa aku masih perlukan, orang yang masih sayang padaku, tetapi dibatasi jiwa sendiri yang tak pernah mengerti.
Kini sudah 3 Ramadhan berlalu. Dan semakin kukuh dalam jiwa bahawa ; time heals everything. Percaya bahawa hilang cinta pertama itu adalah sesuatu hikmah yang tak pernah manusia seperti aku untuk mengerti sekali lagi.Aku mampu doakan kita sentiasa selamat. Walau beza itu dah semakin tak terungkap.
Dan bila mana aku rasakan bahawa aku sendiri tidak punya apa, alangkah ruginya aku hidup dalam Ramadhan ini tanpa cinta yang perlu aku mohon kepada Allah.
Aku percaya setiap Ramadhan itu penuh makna. Allah, kau jadikanlah Ramadhan ini, penuh makna.
Al Fatihah.
1 comment:
selamat berpuasa :) al-fatihah utk arwah..
Post a Comment